Pengacara dan usahawan, Aida Gadis Melayu mengakui berasa agak kurang selesa dengan sikap seorang individu di Instagram yang mempersoalkan mengenai hubungannya bersama suami yang juga merupakan bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail.
Menurut Aida, atau nama sebenarnya, Khairul Noormaaidah Zali, dia telah menerima satu hantaran mesej peribadi yang bertanyakan mengenai status terkini perkahwinannya gara-gara dia jarang memut naik gambar bersama suaminya.
Katanya lagi, tidak semua perkara perlu dimuat naik di media sosial bagi membuktikan mengenai sesebuah perhubungan itu.
“Inilah realiti media sosial. Lebih ‘show off’ orang menyampah. Lupa muat naik orang ingat kita ada masalah. Apa pun, saya baik saja dengan adanya suami.
“Sebab hantaran mandi kolam renang dengan anak tapi suami tidak ada pun boleh menjadi fitnah zaman sekarang. Ya, memang hanya tanya tapi orang tak buat macam tu lah, tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh juara musim pertama program realiti Gadis Melayu 2009 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Tambahnya lagi, hubungannya bersama suami masih dalam keadaan yang baik dan dia juga berharap agar sikap ‘serkap jarang’ ini dapat dihentikan.
Aida turut memberitahu, dia sememangnya terkejut selepas membaca hantaran mesej tersebut.
“Kalau tanya apa Aida rasa? Swipe sampai gambar last sekali tu. Tulah yang Aida rasa sekarang. Diorang ni fikir apa? Ada suami tapi tak upload? Lemah? Haa gitu kot,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu berkenaan selain turut mendoakan semoga perkahwinan Aida dan suaminya akan berkekalan hingga ke jannah.
“Aduh la, sampai ke situ sekali orang fikir. Aduh la netizen ni. Macam-macam depa fikir.
“Punyalah busy body ek? Ni orang kata ambil berat yang bukan-bukan.
Ads
“Overthinking orang Malaysia ni.
“Makcik Bawang sungguh budak yang menanya tu. Acah-acah concern,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Aida dan Saiful Nizam berkahwin pada 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aida Gadis Melayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dikenali sebagai Madammu berkongsi mengenai perkembangan kehamilan yang kini sudah pun mencecah usia lebih enam minggu.
Menurut Madammu, dia perlu menghadiri temu janji bersama doktor setiap minggu bagi memastikan progres kehamilan berjalan dengan baik.
“Alhamdulillah hari ini scan yang pertama, which is kita kena scan every week. Hari ini mungkin doktor nak melihat perkembangan.
“Alhamdulillah sekarang baby dalam stage ‘yolk sac’ (adalah kantung membran yang melekat pada embrio, menyediakan makanan awal dalam bentuk kuning telur).
“Kita akan datang balik (temu janji dengan doktor) pada 1 November, lagi dua minggu. Tapi tadi nampaklah ada ‘kantung’. Tak nampak apa lagi, tapi doktor nak make sure baby is there. So ada lagi, alhamdulillah.
“InsyaAllah lagi dua minggu akan nampak (janin). Kita jumpa lagi dua minggu,” katanya menerusi sebuah hantaran video yang dikongsikan di Tik Tok.
Perkongsian tersebut pantas menerima reaksi baik-baik di kalangan peminatnya yang turut sama tumpang gembira dan tidak sabar untuk menantikan perkembangan terbaharu pengasas kosmetik ini.
Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing.
Bintang versatil, Elly Mazlein sudah pun menginjak usia 40 tahun hari ini.
Bagaimanapun atas komitmen kerja, bintang versatil itu mendedahkan si suami, Cikgu Azlan telah pun membuat kejutan lebih awal bersempena ulang tahun kelahirannya itu.
Menurut Elly atau lebih sinonim dengan sapaan Kak Lina Pom Pom, dia yang baru pulang ke rumah pada awal pagi terkejut dan hampir menangis atas kejutan yang dibuat suami dan ahli keluarganya yang lain.
Meski hari lahirnya jatuh pada 17 Disember (hari ini), namun Elly tidak menyangka kerana ia diraikan lebih awal (semalam) kerana perlu bekerja hari ini.
“Pagi td smpai umah, rasa nak nangis. Ade kezotannnn aromatherapy level. Tohhhhhdiaaaaaa dari kesayangan Abah,Suami, Manja Sara Sefhia & My helper Agnes.
“Memandangkan Esok 17hb, kepom keja, jadi suami celebrate awal sikit. tq sayang.
“Katanya nak bawa tempat kezotannn jap lg .. yeayyyyy x saba, tq sayang,” tulisnya sambil turut berterima kasih atas hadiah yang diberikan rakan artis, Siti Sarah.
Malah menerusi beberapa hantaran terkininya juga, Elly turut berkongsi beberapa foto mereka sekeluarga sedang isi masa di sebuah hotel selain menikmati makan malam indah bersama.
Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan dedikasi selamat ulang tahun buat penyanyi 4 Dara 2020 itu.
Elly yang sebelum ini bergelar ibu tunggal anak satu, mendirikan rumah tangga bersama Mohd Azlan Che Noh yang juga seorang guru Januari lalu.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.