“Lebih ‘Show Off’ Orang Menyampah, Tak Upload Orang Kata Ada Masalah,”- Aida Gadis Melayu Jawab Kekeliruan

Share

Pengacara dan usahawan, Aida Gadis Melayu mengakui berasa agak kurang selesa dengan sikap seorang individu di Instagram yang mempersoalkan mengenai hubungannya bersama suami yang juga merupakan bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail.

Menurut Aida, atau nama sebenarnya, Khairul Noormaaidah Zali, dia telah menerima satu hantaran mesej peribadi yang bertanyakan mengenai status terkini perkahwinannya gara-gara dia jarang memut naik gambar bersama suaminya.

Katanya lagi, tidak semua perkara perlu dimuat naik di media sosial bagi membuktikan mengenai sesebuah perhubungan itu.

“Inilah realiti media sosial. Lebih ‘show off’ orang menyampah. Lupa muat naik orang ingat kita ada masalah. Apa pun, saya baik saja dengan adanya suami.

“Sebab hantaran mandi kolam renang dengan anak tapi suami tidak ada pun boleh menjadi fitnah zaman sekarang. Ya, memang hanya tanya tapi orang tak buat macam tu lah, tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh juara musim pertama program realiti Gadis Melayu 2009 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Tambahnya lagi, hubungannya bersama suami masih dalam keadaan yang baik dan dia juga berharap agar sikap ‘serkap jarang’ ini dapat dihentikan.

Aida turut memberitahu, dia sememangnya terkejut selepas membaca hantaran mesej tersebut.

“Kalau tanya apa Aida rasa? Swipe sampai gambar last sekali tu. Tulah yang Aida rasa sekarang. Diorang ni fikir apa? Ada suami tapi tak upload? Lemah? Haa gitu kot,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu berkenaan selain turut mendoakan semoga perkahwinan Aida dan suaminya akan berkekalan hingga ke jannah.

“Aduh la, sampai ke situ sekali orang fikir. Aduh la netizen ni. Macam-macam depa fikir.

“Punyalah busy body ek? Ni orang kata ambil berat yang bukan-bukan.

“Overthinking orang Malaysia ni.

“Makcik Bawang sungguh budak yang menanya tu. Acah-acah concern,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Aida dan Saiful Nizam berkahwin pada 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Aida Gadis Melayu

Published by
Aizam Manaf