Lee Zii Jia berjaya memperoleh rentak kembali dalam perlawanan badminton perseorangan lelaki sebentar tadi sekaligus berjaya membawa pulang pingat gangsa.
Kemenangannya itu menjadikan pingat tersebut sebagai pingat kedua buat Malaysia selepas pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang turut menyumbang gangsa, semalam.
Anak jati Kedah itu yang merupakan pemain kedudukan ke-7 dalam ranking dunia berjaya menundukkan lawannya dari India, Lakshya Sen dengan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Biarpun ketinggalan pada set pertama, Zii Jia bangkit cemerlang jauh meninggalkan Lakhsya dalam dua set seterusnya.
Biarpun hasrat untuk mencapai emas tidak kesampaian, namun pingat gangsa cukup membuktikan Zii Jia mempunyai rentak yang baik berbanding ketika di Olimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan dia pulang dengan tangan kosong.
Dia menjadi rakyat Malaysia ketiga selepas Rashid Sidek dan Lee Chong Wei untuk meraih podium dalam pertandingan perseorangan lelaki.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan