Lelaki Bawa Ibu Makan Di Restoran Mewah Dapat Pujian

Share

Tular di media sosial mengenai status seorang individu yang  bengang dengan seorang lelaki yang membawa seorang wanita tua makan di tempat mewah. 

Postingnya itu benar-benar menyakitkan hati ramai netizen, dan dikecam kerana dianggap kurang ajar dan biadap.

Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk menghargai ibu bapa yang banyak bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Namun tidak pada wanita ini yang memuat naik status mengecam tindakan seorang lelaki membawa ibunya yang uzur keluar makan bersama.

Menurutnya, ketika waktu dia sedang menikmati makanan, dia ternampak seorang lelaki membawa orang tua makan di restoran yang sama.

Malah lebih teruk lagi, dia menganggap kehadiran wanita tua berkenaan mencacatkan pemandangan di tempat itu.

Postingnya menyebabkan ramai netizen yang berang dan menyelar tindakan biadab individu tersebut.

“Sayang seribu kali sayang. Bercuti di Johor Bahru, menginap di hotel (nama rahsia) berhampiran dan berhadapan Dataran Johor Bahru.

 

“Tengah lunch semalam dengan suami, boleh ternampak seorang lelaki ini bawa orang tua, mungkin mak dia. Rupanya mereka pun lunch sekali. Hmm, bukan apa la, macam mencacatkan pemandangan saja. Di situ adalah tempat makan orang nak romantik. Awak bawa orang tua awak ke situ pula.

 

“Sayang, pakai kereta mewah jenama Lexus yang anggaran harga RM400,000-RM500.000, pakai baju smart tetapi bawa orang tua uzur ke sana? Apa seyh. Jangan jatuhkan standard orang yang berada boleh tak?

 

“Macam tak ada kedai mamak atau warung tepi jalan saja. Kalau ye pun awak kaya, awak kena sedar bahawa tindakan awak itu menjatuhkan taraf profail awak sendiri. Pleaselah. Dunia, dunia. Apa nak jadilah,” tulisnya yang menimbulkan kemarahn netizen.

Status Facebooknya itu kemudian viral di media sosial dan dikecam hebat oleh netizen yang juga menyifatkan individu terbabit sebagai seorang anak derhaka yang sanggup mengenepikan ibu bapanya sendiri demi menjaga ‘standard’ sebagai warga urban.

Namun dalam pada itu juga, ramai yang memuji tindakan lelaki tersebut yang membawa ibunya makan di tempat mahal, romantik seperti itu tanpa segan dan malu. 

Apa nak dimalukan ye tak?  Ibu kita sendiri sewajarnya diberi layanan first class. 

Published by
Wani Arifin