Salwan Momika, pelarian Iraq yang mencetuskan kemarahan global dengan melakukan demonstrasi pembakaran Al-Quran di Sweden pada 2023 telah ditembak mati, menurut pihak berkuasa Sweden.

Jurucakap pejabat pendakwa raya Sweden mengesahkan Momika dibunuh di Stockholm pada hari Rabu. Lima individu ditahan atas tuduhan membunuh.

Dia sepatutnya menerima keputusan perbicaraan atas dakwaan hasutan kebencian perkauman pada Khamis, tetapi ia kini ditangguhkan.

Salwan berhijrah ke Sweden dari Iraq pada 2018 dan mendakwa Al-Quran membawa ancaman terhadap demokrasi serta hak asasi manusia.

Ads

Pihak berkuasa Sweden cuba menghalang demonstrasi pembakaran Al-Quran yang dilakukannyaa, tetapi Mahkamah Rayuan Stockholm membatalkan halangan tersebut atas dasar kebebasan bersuara.

Akaun X milik Momika kerap memberi kemas kini perbicaraan dan hantaran anti-Islam. Awal bulan ini, beliau meminta sumbangan untuk peguam bagi mendapatkan suaka di AS.

Ads

Seorang pendakwa raya kini menyiasat kes ini, dengan penglibatan pihak keselamatan Sweden kerana kemungkinan  terdapat campur tangan kuasa asing.

Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson  berkata dalam satu sidang media, “Saya boleh memberi jaminan bahawa perkhidmatan keselamatan terlibat secara mendalam kerana jelas terdapat risiko bahawa terdapat kaitan dengan kuasa asing.”

Ads

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI