Lagu Ragaman nyanyian Faizal Tahir kini trending dan menjadi siualan ramai.
Dek keunikan dan maksud yang tersirat, individu ini mendedahkan maksud sebenar lagu tersebut.
Individu yang dikenali sebagai Farhan Ismail turut berkongsi maksud tersirat bait-bait lagu Ragaman menerusi FB.
“Ragaman
Aku baru je terjebak dengar lagu ni. Waktu sesat kat kubur Cina hari tu.
Pada mulanya aku dengar lagu ni disebabkan muzik dia. Tetapi setelah aku tonton video klip dia, barulah aku faham 100% apa mesejsebenar lagu ini.
1. Kalau nak hidup berdua, banyak ragam yang akan kita kenahadapi. Bagi seorang lelaki seperti aku, walaupun masih bujang danpernah bercinta dan putus dan pergi jahanam, aku tafsirkan ragamanperempuan yang selalu buat lelaki tak keruan.
Ads
2. Perempuan ni sebenarnya dia sendiri pun tak faham diri diatapi dia mintak lelaki faham dia. Ini adalah antara masalah terbesaryang kaum lelaki kena belajar dan hadap sampai mati.
Lagu mengenai sifat wanita
3. Perempuan tak reti nak berterus terang. Merajuk, suka pendam,berkias. Ada masalah lebih suka cari kawan-kawan. Jadi korang dahtahulah kenapa 99% kuman dekat KRT itu adalah perempuan.
4. Perempuan sangat sensitif. Hal-hal kecik akan dianggap besar.Bila lelaki gagal untuk faham benda ni, 99% perempuan akan anggap lelakitu tak hargai dia.
Ads
5. Perempuan sebenarnya faham. Tetapi jarang nak buat-buat faham.Sebagai contoh dia tahu kita penat, dia ajak keluar. Nanti bila dahjumpa dia akan cakap “kesian kan awak penat”.
6. Bila dengan lelaki yang dia sayang, nak buka peti ais pun tak larat. Bila takda lelaki dia, Gunung Everest pun dia daki.
Setiap perhubungan haruslah ada kesabaran
7. Perempuan cakap lain, tapi dalam hati lain. Cakapnya selalumenyakitkan hati, tapi dalam hati masih sayang. Mintak putus, mintacerai, padahal dia nakkan perhatian. Tetapi yang ajaibnya diorang ni,kalau dah putus ke apa, mudah sangat dia dapat pengganti baru . Macamminum air tebu ikat tepi.
Ads
8. Perempuan kalau dah sayang, spender kau pun dia rasa wangi.Tetapi kalau dia dah mula benci, sabun dettol pun dia cakap bau kaki.
9. Perempuan selalu betul.
Kesimpulan dia, aku faham apa yang Faizal Taher nak sampaikanmelalui mesej lagu ni. Sabar, sabar, sabar. Sebab bila dia tiada, kitaakan merindui segalanya tentang dia. Nikmat bercinta, hidup berduasampai tua akan dikenang bila tiba hari tua kelak. Nak nak kalau salahseorang pergi dahulu. Waktu itulah baru kita tahu yang tuhan dahhadirkan seorang malaikat untuk jaga kita walaupun hanya untuksementara.
Tahniah adalah ucapan ikhlas dari aku untuk sebuah karya yanggenius seperti ini. Yang lari dari tipikal lagu-lagu zaman sekarang,”
Untuk rekod, lagu ‘berhantu’ itu telah mencecah 10 juta tontonan. Tahniah Faizal Tahir kerana memberi kelainan dalam industri muzik tempatan!
Sumber : Facebook Farhan Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemunculan semula hos senior, Azwan Ali di media arus perdana menerusi program, Lagu Cinta Kita musim kedua baru-baru ini sememangnya meraih tumpuan banyak pihak.
Malah ramai yang memberikan pandangan termasuk pelakon, Nad Zainal yang menyifatkan Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA itu sebagai antara pengacara televisyen terbaik yang ada pada ketika ini.
“So sweet of you. Diva Nad Zainal. Miss you my cucu tercute Tok Wan Diva like crazy. Be good my hot diva. Kirim salam all,” tulis pengacara tersebut.
Menerusi posting berkenaan, pelakon drama, Hati Yang Tersakiti itu sekali lagi dilihat memberikan respon dengan meninggal komen membandingkan trend pengacara zaman 90-an dengan generasi masa kini.
“Ya host sekarang banyak yang merapu dan suka potong tetamu bercakap. Rindu host 90s, 90s tv shows even news presenter semua nampak classy. #90skids,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pendapat yang sama selain turut berharap agar lebih banyak peluang diberikan kepada Azwan pada masa akan datang.
Terdahulu, gandingan Azwan bersama pasangan hos yang juga pelakon, Elly Mazlein nyata memberi kelainan buat program yang bersiaran setiap Ahad pada jam 9.00 malam di TV3 itu.
Pada episod minggu lalu, Azwan mengumumkan dia hanya akan mengacarakan program tersebut selama dua minggu sahaja.
Sumber: Instagram Azwan Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak mampu menggambarkan perasaan ngeri melihat kecederaan yang dialami anak pelawak, Fad Bocey.
Menerusi perkongsian isterinya, Syaheera Rahman anaknya, Favian Adrazin Zayyan punya hobi menggigit besi kereta kawalan jauh dan akibatnya, besi tersebut tersangkut di bahagian gigi sehingga menyebabkan kecederaan.
Zayyan dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke bilik pembedahan pada pukul 1.30 pagi di mana doktor terpaksa menjahit semula gusi yang cedera.
“Dugaan buat kami .haih la anak .habit suka gigit barang mainan .kalini tersilap gigit kereta control punya remote .besi la nakkk ,ngilu mommy .menggeletar badan2 ni .
“Alhamdulillah semuanya selamat dh .1:30 pagi semalam masuk OT .fully bius sbb dalam keadaan dia sakit mmg susah utk tarik kluar .doktor jahit balik gusi .mcm2 sementara anak nak besar ni .terima kasih yang tk henti2 tanya doakan anak mommy sorang ni,” kongsinya.
Bagaimanapun menerusi muat naik Insta Story, dimaklumkan pembedahan telah selamat dijalankan dan Zayyan kini stabil.
Fad dan Nur Syahirah A.Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
Foto : Instagram Syaheera Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dijangka bakal menimang cahaya mata kedua pada Ogos depan, pelakon Shima Anuar mengakui bahawa dia mempunyai ‘perangai’ tersendiri.
Malah, perkara itu dikongsikan Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah Anuar menerusi Instagramnya.
“Lately ni dia selalu kena marah dgn mommy. Mommy dah tak larat sgt, perut makin besar, cepat penat, and dia banyak sgt meragam. Tp bila fikir2 balik, nak marah lebih2 pun bukan dia faham lagi. And all she wants is attention,
“So this time memang kena banyakkkkkk sgt bersabar. Walaupun kadang2 sabar tu hilang tak tau pegi mana. 😅Mommy love you so much Sophia. Nothing can change that. Please be good. Especially bila mommy dah deliver adik nanti. 😢 #1y7mbabygirl#33weekspregnantbabyboy,” tulisnya disertakan video yang dirakam memaparkan aksi Shima memeluk anak sulungnya, Marian Sophia.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai diatas perkongsian pelakon filem Highlands Tower itu.
Untuk rekod, Shima berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...