Pelakon Zahirah Macwilson kini makin bahagia sejak mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu.

Meski sedar akan tanggungjawabnya akan menjadi lebih besar sejak bergelar isteri, bintang cantik ini bagaimanapun akui dirinya masih lagi dalam fasa ‘bercinta’ dengan suami tersayang.

“Alhamdulillah, satu fasa baru dalam hidup saya. Kalau nak dikata bagaimanapun dengan perkahwinan kini, rasa sesuatu yang berbeza dan  menyeronokkan apabila setiap hari bila kita bangun dari tidur ada orang di sebelah.

“Sebelum ini saya banyak hidup sendiri di Malaysia memandangkan keluarga di Australia tapi kini saya ada suami yang sentiada ada bersama di sisi,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Zahirah ditemui pada Majlis Tayangan Gala filem sulung lakonannya, Bulan & Pria Terhebat yang diakan di MBO The Starling, pada Khamis.

Ads

Ditanya apakah sikap atau perkara pelik suami yang baru diketahuinya selepas mendirikan rumah tangga, pelakon berusia 25 tahun itu tidak menafikan Aiman merupakan seorang lelaki yang sangat pembersih.

“Saya tak sangka dia seorang lelaki yang sangat kemas dan pembersih. Lazimnya, kita akan fikir lelaki tidak akan sekemas perempuan, akan tapi dia sebaliknya.

Ads

“Sebagai contoh bila di rumah, barang-barang yang ada kena kemas dan tak boleh berhabuk pun.

“Tapi saya rasa itu perkara yang baik untuk kami,” dedah Zahirah.

Sementara itu, filem Bulan & Pria Terhebat bakal ditayangkan 12 Mac depan.

Ads

Selain Zahirah, filem yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Maya Karin, Zizan Razak, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI