Belum pun tamat drama popular Sweet Dreams, netizen sudah pun mula merindui dua teraju utama, Mira Filzah dan Ben Amir yang digelar pasangan Benamira.
Apa yang membuatkan netizen semakin tidak keruan dan senyum sendirian apabila kedua-duanya dilihat saling membalas di ruangan komen laman Instagram masing-masing.
Terbaru, pelakon jelita ini turut berkongsi di Insta Story mempersoalkan sama ada lelaki ini merinduinya.
Jika sudah jodoh tidak ke mana. Micheal Ang, pengarah Sweet Dreams sebelum ini dikenali sebagai pengarah ‘matchmaker’ apabila gandingan pelakon dramanya, Fattah Amin dan Fazura berakhir ke jenjang pelamin.
Foto : Instagram Mira Filzah & Ben Amir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Nangis 8 Babak Pun Production Tak Kisah,” – Macam Baru Balik Perang, Sara Ali Jumpa Pakar Terapi Lepas Berlakon Filem…
Pelakon, Sara Ali menyifat terapi mental merupakan satu keperluan bagi seseorang pelakon kerana mereka kerap bermain dengan emosi ketika menjayakan sesebuah watak.
Jelas Sara, perkara seperti ini tidak sepatutnya dipandang ringan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan metal para pelakon di kemudian hari.
“Segelintir perangai orang kita, kalau kita pergi berjumpa dengan pakar terapi mental, orang akan ingat kita gila.
“Sebenarnya, terapi mental ini merupakan satu keperluan buat pelakon untuk mereka kembali normal kerana mereka telah menyerap pelabagai emosi ketika menjayakan sesebuah watak.
“Perkara ini tak termasuk pun dalam kontrak dan artis kena buat inisiatif dan pergi sendiri terapi ini,” katanya kepada MH.
Bercakap kepada MH, Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali mendedahkan dirinya juga telah berjumpa dengan pakar terapi mental selepas selesai menjalani penggambaran filem Air Force: Selagi Bernyawa.
“Ia memang sangat teruk. Ketika itu, saya menjalani sesi penggambaran di Sabah selama 80 hari dan selepas pulang, saya betul-betul ingat seperti baru balik dari medan perang.
“Saya rasa pelik dengan persekitaran saya sebab hampir tiga saya bersama-sama dengan pelakon filem tersebut . Sampai balik Kuala Lumpur pun saya masih nak mencari mereka. Sampai satu tahap, saya sedar yang itu bukan Sara Ali tapi Natrah.
“Ada sesetengah pelakon mereka sukar nak bezakan antara watak dan diri sendiri. Saya faham tentang perkara itu tapi tetap terbawa-bawa dengan watak,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Sara bersyukur kerana pembikin-pembikin filem masa kini amat mengambil berat tentang emosi para pelakon.
Namun, sejak kebelakangan ini, mungkin disebab pembikin-pembikin filem adalah daripada generasi baru, senario ini telah berubah.
“Kalau dulu, tiada siapa yang kisah kalau pelakon kena menangis lapan babak sekali pun. Mereka tak kisah pun fasal pelakon.
“Tapi sekarang, kalau pelakon buat satu babak menangis yang betul-betul beri impak, team produksi akan lebih ambil berat. Mereka akan tanya keadaan kita. Sama ada boleh teruskan atau tidak.
“Mereka juga bagi masa kita berehat dan bertenang sebab babak seterusnya pula memerlukan kita mengubah lagi emosi,” akhirinya.
Terdahulu, Sara bakal muncul menerusi drama siri terbaru yang berjudul Nenek Bongkok Tiga yang akan ditayangkan di platform penstriman Viu.
Selain Sara, drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Meerqeen, Hun Haqeem dan Syazwan Zulkifli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Sara Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sharifah Amani Selamat Lahirkan Anak Sulung, Beri Nama Ahmed Mohsein
Pelakon Sharifah Amani dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Rabu.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh suami kepada Amani iaitu Ahmed Faris menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, Faris turut memaklumkan dia dan Amani telah bersepakat untuk menamakan anak lelaki mereka Ahmed Mohsein.
“Assalamualaikum, inilah anak kecil kami Ahmed Mohsein Bin Ahmed Faris.
“Dilahirkan pada 26 Jun 2024,” tulisnya.
Dalam pada itu, Faris turut manjatkan rasa syukur apabila isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik. Terima kasih untuk segala doanya,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira dengan kelahiran cahaya mata sulung itu.
“Saya juga teruja. Sayang kalian berdua,” komen pelakon Siti Saleha.
“Tahniah buat kalian berdua,” balas pelakon Nabila Huda.
“Alhamdulillah tahniah. Semoga membesar dengan sihat,” balas seorang netizen.
“Alhamdulillah semoga menjadi anak yang baik, soleh, taat pada Allah dan mama ayah,” komen seorang lagi netizen.
Amani mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated pada 10 September 2022.
Mereka disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Doakan Awak Okay Dan…,”- Genap Setahun Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Sebak Doa Nonny Nadirah Buat Bekas Suami
Hari ini genap setahun ulang tahun perkahwinan Nonny Nadirah bersama dengan bekas suaminya, Mohamed Mustain Mohamed Adnan.
Meski usia perkahwinan mereka tidak sampai setahun lalu terputus di tengah jalan, Nonny memuat naik sepotong video yang memaparkan memorinya selepas selesai majlis akad nikah.
“My life may not be going the way i planned it, but it is going exactly the way Allah planned it.
Bersangka baik kpd Allah s.w.t..
“Terima kasih Ma kerana ada dengan saya..
Terima kasih Ma utk semuanya.
“Dia seorang yang baik..
Saya doakan walau dimana jua awak berada, awak sentiasa dalam keadaan bahagia dan sentiasa okay..
“Saya doakan awak agar mendekati Allah dan semoga awak berada dalam hati yang tenang.
Saya doakan awak agar sentiasa dilindungi Allah..
“Semoga Allah beri kita kekuatan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Insyallah,” tulis Nonny.
View this post on InstagramA post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on
Bagaimanapun, Nonny telah menutup ruangan komen posting berkenaan.
Untuk rekod, Nonny dan Mustain yang juga seorang penolong penerbit Media Prima Berhad (MPB) bernikah pada 18 Mac tahun lalu di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.
Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina tidak tahan lama apabila mereka bercerai pada awal bulan ini.
Video : IG Nonny Nadirah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI