Pengurus Besar yang juga penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin mendedahkan keadaan ibunya, Puteh Jantan semakin terjejas apabila tangan dan kaki kirinya membengkak dan meninggalkan kesan lebam yang teruk.
Menurut DJ Lin, ibunya yang berusia 80 terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada Jumaat lalu susulan masalah kesihatan yang dihadapi.
“Ibu ada masalah buah pinggang sejak 5 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis. Lebih parah lagi apabila lengan kiri yang digunakan untuk proses dialisis mengalami jangkitan kuman yang serius dan ianya tak dapat lagi digunakan.
“Meskipun tapak dialisis baru telah pun berjaya dibuat dilengan sebelah kanan namun ianya masih belum boleh digunakan disebabkan tekanan darah yang terlalu rendah.
“Buat sementara waktu ini, Ibu terpaksa menjalani dialisis menggunakan peha kanan,” katanya yang turut menjelaskan, bacaan sel darah merah Ibunya turut menurun.
Bagaimanapun, proses untuk tambah darah akan dilakukan dalam usaha doktor untuk mengatasi masalah tersebut.
“Semalam Mak tidur lebih dari 7 jam, beliau tak terdaya untuk membuka mata apatah lagi untuk makan dan minum,” katanya lagi.
Sementara itu melalui perkongsian di Instagram, DJ Lin memuat naik video ibunya yang terlantar di hospital dan beliau turut memohon semua pihak untuk terus mendoakan kesihatan ibunya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut memberi kata-kata semangat serta doa buat ibunya semoga diberikan keajaiban, segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan, alhamdulillah syukur kepada Illahi, hari ini keadaan kesihatan ibu mula menunjukkan perkembangan positif,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/MtgZnLbSkZ0
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI