Lengkap Pakai PPE, Shuib Dibenar Tunai Solat Jenazah Arwah Isteri

Share

Usahawan dan pelawak, Shuib berkongsi peluang ketika menunaikan solat jenazah isterinya, Allahyarham Siti Sarah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM),  Cheras, pagi tadi sebelum dikebumikan kira-kira jam 1.20 petang.

Penyelaras Pengurusan Jenazah HCTM, Ustaz Mohd Sanusi Mustafa bagaimanapun memberitahu, Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat perlu mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) ketika sesi solat jenazah.

“Pada peringkat pertama, saya bersama dua lagi wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) akan menyempurnakan kaedah tayamum dan menunaikan solat jenazah.

“Kemudian barulah Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah sekali lagi untuk arwah tetapi saya akan bekalkan PPE kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad menzahirkan rasa terharu dan bersyukur apabila jenazah isteri tersayang diberi peluang untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibunya.

Terdahulu, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada jam 5.13 pagi Isnin.

Published by
MH