Lengkap Pakai Sut PPE, Pelakon Aniq Suhair Tawar Diri Jadi Sukarelawan Covid-19; “Good Job, Proud Of You!”

Share

Pelakon meningkat naik, Aniq Suhair mengakui berasa amat teruja apabila terpilih untuk menjadi salah seorang sukarelawan yang bertugas di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Aniq, dia sebolehnya mahu memanfaatkan kesempatan tersebut memandangkan jadualnya kini tidak terlampau sibuk sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.

“19/6/2021 marks the first day of me experiencing what frontliners have been managing for the past year now. I was very overwhelmed to be given the chance to manifest all the things the medical team been through.

“Semua secara kebetulan. Aniq cuba memanfaatkan MCO kali ini dengan menjadi sukarelawan. Aniq tak sangka Aniq terpilih dan kemudian diminta untuk bertugas di zon merah CAC ( covid assessment centre ) di Stadium Titiwangsa,” tulisnya.

Katanya lagi, sepanjang bertugas di pusat tersebut, hatinya berasa amat sayu melihat mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 lebih-lebih lagi bila melibatkan anak-anak kecil dan warga emas.

“Badan ditenggelami lapisan PPE, hati berasa nervous, takut dan tak sabar at the same time, alhamdulillah semua pesakit Covid-19 yang datang semuanya dalam keadaan baik, tetapi hati ni sebak bila melihat anak kecil dan warga emas turut hadir, aniq cuma mampu memberi kata semangat dan menceriakan mereka semasa mengambil Vital Sign & SP02.

“Dengan keadaan kes yang makin meningkat, mari kita sama sama meringankan beban frontliners.. Kita jaga kita,” katanya lagi.

Kisah tersebut dikongsikan oleh bintang kelahiran Hero Remaja 2020 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi foto berkenaan, Aniq dilihat lengkap mengenakan sut perlindungan diri (PPE) sepanjang tugasnya di kawasan berisiko itu.

Dikesempatan itu juga, pelakon drama, Tak Sempurna Mencintaimu turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama menyumbang bakti sebagai sukarelawan Covid-19 bagi meringankan beban para petugas barisan hadapan.

“Aniq mengambil peluang ini sebagai cara Aniq membantu para frontliners. Dalam keadaan sekarang yang tenat, jumlah kes yang tinggi, tentu para frontliners pun sama terkesan dari segi mental dan fizikal.

“Ada yang cakap takut berhadapan dengan pesakit covid, tapi bagaimana pula dengan frontliners yang setiap hari menggalas tugas dan merisikokan diri merawat mereka?

“Mereka tak ada pilihan selain harus kekal bertugas. Please stay safe at home everyone, together we can flatten the curve,” ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, peminat turut memberikan penghargaan buat bintang muda ini selain memuji usaha yang dilakukannya.

Sumber: Instagram Aniq Suhair

Published by
Aizam Manaf