“Lengkap Sepasang, Allah Sebaik-Baik Perancang”, – Isteri Selamat Bersalin, Hafidz Roshdi Timang Anak Kedua

Share

Pelakon Hafidz Roshdi hari ini berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua awal pagi tadi.

Apa yang menarik, tarikh lahir anak keduanya itu juga kebetulan sama dengan anak sulung mereka yang lahir pada tanggal 9 September 2017 lalu.

Menurut Hafidz dia bersyukur kerana telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

“Alhamdulillah sama date, sama baju. Little beast is here.

“Sepasang Boy & girl. Allah is the best planner,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Hero Remaja 2011/12 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Hafidz turut memberi tahu, bahawa baju yang dipakainya pada hari ini adalah baju yang sama sewaktu dia menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut meluahkan rasa syukur terhadap perancangan Allah itu.

Untuk rekod, Hafidz telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nurul Shuhada Mat Shukri pada tanggal 30 April 2016.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Humaira yang kini baru berusia 3 tahun.

Sumber: Instagram Hafidz Roshdi

Published by
Aizam Manaf