Sudah dikurniakan sepasang anak, pelakon Elfira Loy berkata kini sudah tiba masanya buat dia merancang untuk menimang cahaya mata seterusnya.
Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata dia mengambil keputusan sedemkian demi memberi tumpuan untuk membesarkan anak-anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aira Mikayla terlebih dahulu.
Pelakon berusia 28 tahun itu berkata demikian ketika ditanya pengikutnya di laman Instagram adakah dia merancang dalam mendapatkan cahaya mata sebelum ini.
“Tak pernah merancang pun, tapi selalu doa, dari muda-muda single dulu memang nak satu anak lelaki, satu anak perempuan.
“Lepas tu tak kisah berapa… tapi dah besarkan sendiri, dah tahu susahnya besarkan anak. Sekarang baru nak merancang hehe.
“Alhamdulillah, Allah dah bagi lengkap dah,” tulis Elfira menerusi ruangan Ask Me A Question di Instagram Story.
Menurut Elfira yang kini sedang menjalani proses berpantang selepas melahirkan anak kedua, ia bukan satu perkara yang mudah untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil tanpa bantuan pembantu rumah.
Malah dia juga berazam untuk bekerja lebih kuat lagi demi kesenangan anak-anaknya.
“Sekarang nak fokus besarkan dua permata hati saya dan nak kerja kuat-kuat.
“Untuk membesarkan dua anak kecil tanpa bantuan pembantu sambil sibuk bekerja tanpa henti adalah bukan satu perkara yang mudah,” tulisnya.
Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aira Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI