“Alhamdulillah, lengkap sudah keluarga kami”. Itu luahan syukur juara Gema Geegar Vaganza musim kedua (GGV2), Fitri Haris kerana telah selamat bergelar suami kepada Fazilah Omar baru-baru ini.

Menjadikan perkahwinan kali keempat ini satu kebahagian dalam hidupnya, Fitri,35, merasakan keluarganya kini sudah cukup lengkap bersama istteri dan anak-anak.

“Alhamdulillah .. lengkap sudah keluarga kami .. mcm happy meal .. sorang laki sorang pompuan .. syukur atas nikmat ini .. aku mungkin tidak sempurna dan pernah gagal dalam melayari bahtera.

“Moga ini hikmah terindah dan kekal selamanya .. buat anakanda rayyan .. abi akan cuba sedaya menjalankan tanggungjawab sebaiknya .. buat anakanda sofea .. always my baby..

“Now abi ada dua babies.. Alhamdulillah boleh buat kawan buat u. hurmm hurmm x tahu nak type apa .. tersengih sengih je nak type.. takpelah .. hanya tuhan yang tahu,” tulisnya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah .. lengkap sudah keluarga kami .. mcm happy meal .. sorang laki sorang pompuan .. syukur atas nikmat ini .. aku mungkin tidak sempurna dan pernah gagal dalam melayari bahtera.. moga ini hikmah terindah dan kekal selamanya .. buat anakanda rayyan .. abi akan cuba sedaya menjalankan tanggungjawab sebaiknya .. buat anakanda sofea .. always my baby.. now abi ada dua babies … alhamdulillah boleh buat kawan 🥰🥰 buat u .. 🥰 hurmm hurmm x tahu nak type apa .. tersengih sengih je nak type.. takpelah .. hanya tuhan yang tahu … FitriXFazilahXSofeaXRayyan Dorset Kuala Lumpur Live Update Majlis Perkahwinan Fitri & Fazilah Venue & Catering : @dorsettkualalumpur Host : @fedtriyahya Photographer & Videographer ( Live Update ) : @teddyroxfilm Bride’s Dress : @altelia_amani @jakel_shahalam Bride’s Makeup : @norezzidris Bride’s Hairstylist : @norezzidris Bride’s Henna : @inaiferemfuan Pelamin : @ilapelaminofficial Hand Bouquet : @bungetangan Doorgift : @kaygiftskl @auralab_hq Sound System : @wjeventservices

A post shared by Dr. Fitri Haris (Ph.D) (@fitriharisofficial) on

IKLAN

Terdahulu, Fitri telah mengadakan majlis resespi di Hotel Dorsett, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu selepas lapan tahun menduda.

IKLAN

Fitri sebelum ini memiliki seorang isteri sebelum bernikah seorang lagi di Songkhla, Thailand pada 12 Mei 2009.

Bagaimanapun, hubungan itu tidak bertahan lama apabila dia bercerai dengan isteri pertama sebulan selepas berkahwin dengan isteri kedua.

IKLAN

Dua minggu selepas itu, Fitri bercerai dengan isteri keduanya itu.

Pada 9 September 2012, Fitri berkahwin kali ketiga namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isteri di Singapura.

Selain itu, Fazilah sendiri sudah empat tahun bersendirian dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.

Foto : Instagram Fitri Haris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI