Pelakon senior, Azhar Sulaiman tidak menghalang hasrat anak perempuannya yang juga merupakan pempengaruh, Kasih Iris Leona untuk berkahwin pada pada tahun hadapan.

Menurut Azhar, setiap orang mempunyai hala tuju hidup yang berbeza dan begitu juga dengan anak-anaknya.

Leona Rancang Kahwin Tahun Hadapan, Azhar Sulaiman Mahu Menantu Ada Lulusan Akademik

“Saya ada tiga orang anak dan kesemua mereka punyai pemikiran yang berbeza. Ia merupakan kombinasi diantara saya dan isteri. Mungkin Leona melihat dirinya sama seperti ibunya.

“Mungkin dia nak ‘settle down’ dan sudah mendapat segala yang dia inginkan. Mungkin kehidupan ideal buat dirinya adalah berkeluarga dan bukannya bersuka ria membujang lama-lama.

“Saya berkahwin pada usia 25 tahun. Bayangkan kalau saya tidak berkahwin pada ketika itu, mungkin sampai sudah saya tidak akan berkahwin. Allah sudah tetapkan inilah waktunya,” katanya kepada MH.

Ads

Pelakon drama Budak Tebing 3 itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam kemuncak Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.

Menurut Azhar, dia tidak cerewet dengan siapa pilihan anaknya, namun, individu itu perlu mendapat restu dia dan isteri terlebih dulu.

Leona Rancang Kahwin Tahun Hadapan, Azhar Sulaiman Mahu Menantu Ada Lulusan Akademik

Ads

“Apa yang penting bakal menantu saya perlu mendapat persetujuan saya dan isteri terlebih dulu. Kemudian saya mahukan seseorang yang mempunyai kelulusan akademik.

“Ini kerana, akademik sangat penting dan mustahak walaupun ada yang sukar mendapat kerja sekarang ini,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Azhar sempat berseloroh memaklumkan dia sebenarnya belum bersedia untuk bergelar datuk pada usia sekarang.

Ads

Leona Rancang Kahwin Tahun Hadapan, Azhar Sulaiman Mahu Menantu Ada Lulusan Akademik

“Sebenarnya saya tak nak jadi datuk awal sangat. Namun, kalau saya sudah menjadi datuk, mesti cucu saya orang paling gembira.

“Saya pula ada banyak mainan-mainan best di rumah,” katanya lagi.

Terdahulu, Leona dilapor memasang niat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan walaupun belum mempunyai calon suami.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI