“Lepas 2 Kali Keguguran, Ibu Dah Hampir Putus Asa, Tak Berani Nak Mengandung Pun Ada,” – Video Pertama Kali Anak-Anak Tatap Wajah Adik, Fasha Gembira Dalam Syukur

Share

Pelakon versatil, Fasha Sandha ada berkongsi satu video yang merakamkan aksi spontan anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha saat pertama kali bertemu adik mereka, Aisha Amaira.

Dilahirkan pada 7 Ogos lalu, kehadiran permata hati Fasha dan suami, pelakon Aidil Aziz itu turut diraikan bekas suami Fasha, Rizal Ashram.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di Instagram TV itu sudah pun menerima lebih 500,000 kali tontonan.

“Memandangkan hari ni hari merdeka, sambil ibu sedang bertungku, ibu belanja satu video reaksi anak2 ibu kali pertama berjumpa dengan Aisha Amaira.

“Kenangan hari pertama, muka kakak dan abang excited jumpa adik Aisha. Lamanya abang dan kakak tunggu kehadiran baby girl ni.

“Lepas dua kali ibu keguguran, ibu dah hampir putus asa dah, tak berani nak mengandung pun ada.

“Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa tak putus2 Alhamdulillah Allah ganti babygirl yang sihat dan sempurna , Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Malah, pelakon drama bersiri Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut memberikan kredit kepada team terlibat yang merakamkan momen indah berkenaan.

“Terima kasih adik EL @cameo.x belanja momen indah ni, kalau kami semua nak amik pakai phone memang tak dapat la momen2 ni.

“Siapa rasa nak rekod video momen2 indah , panggil lah EL ni. Harga dia pun berpatutan , video pun cantik.

“Ni review ikhlas tau, kami guna dia dari orang tak kenal dia lagi. Lepas ni dia dah famous harap tak lupa diri kan,” jelasnya lagi.

Terdahulu, pasangan selebriti ini bernikah pada 30 Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan pertama buat Aidil dan kali kedua bagi Fasha.

Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Published by
MH