Lepas 30 Tahun Tak Pernah Pakai Kebaya, Liza Abdullah ‘Langgar Pantang’ Demi Teater Nyonya

Share

Selepas lebih 30 tahun tidak mengenakan kebaya, pelakon Liza Abdullah akhirnya ‘terpaksa’ akur tampil berbusana tradisional itu khas untuk pementasan teater Nyonya yang bakal dipersembahkan pada 15 dan 16 Oktober ini.

Liza atau nama sebenar, Norliza Abdullah berkata di kala usianya yang sudah mencecah 58 tahun dia lebih selesa menggayakan pakaian longgar namun tidak keberatan untuk memakai kebaya demi menjalankan tugasnya sebagai pelakon.

“Saya dalam usia macam ini kalau boleh nak pakai baju longgar sahaja, tapi disebabkan tanggungjawab, kita sarungkan kebaya.

“Siapa tengok teater ini dapatlah tengok saya berkebaya.

“Anak saya tadi pun terkejut sebab tak pernah nampak saya pakai macam ini… selama ini kan berlakon pakai baju longgar-longgar,” katanya kepada MH.

@mediahiburanofficial Menarik jalan cerita teater Nyonya, sampai ada scene hunus pisau. Nyonya akan akan dipentaskan pada 15 & 16 Oktober ini di Kuantan. #teaternyonya #vanidahimran #lizaabdullah #zielajalil ♬ original sound – Media Hiburan

Liza ditemui pada majlis sidang media teater Nyonya di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam majlis itu juga, para pelakon teater berkenaan turut menunjukkan sebahagian fragmen yang terkandung dalam naskhah tersebut kepada pihak media.

Selain Liza, teater Nyonya yang diarahkan oleh Dr Rosminah Tahir ini turut menampilkan Vanidah Imran, Datuk Ziela Jalil, Eyzendy Aziz, Zera Hariz dan Deera Amin.

Sementara itu, ketika diajak berbicara soal jodoh, pelakon yang cukup terkenal dengan watak Mak Leha itu berkata jika boleh dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Bila kita berada pada usia-usia macam ini, kalau boleh nak elak soalan macam itu (jodoh).

“Soalan itu akan menyinggung banyak pihak,” katanya lagi.

Teater Nyonya yang sudah memasuki edisi kesembilan ini bakal dipersembahkan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 15 dan 16 Oktober depan.

Tiket dijual pada harga RM30 dan RM50.

Nyonya yang dianjurkan oleh CTRA Production dan A4 Communications ini mengisahkan tentang Nyonya seorang wanita kaya yang harus ‘berperang harga’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barangan antik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar