“Lepas Bedah Buang Cecair Sinus, Saya Repair La Hidung Sikit. Dekat Sini Tepi…,” – Zarina Zainuddin

Share

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi perkembangan terkini mengenai masalah sinus yang dihidapinya sebelum ini.

Zarina berkata, dia bersyukur apabila keadaan kini kian baik selepas menjalani pembedahan membuang cecair yang terkumpul pada bahagian wajahnya.

Namun dia masih perlu membuat rawatan susulan bagi mengelakkan masalah sama berulang

“Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian kiri sebelah hidung. Kalau pegang rasa keras. Akan tetapi migrain saya sudah okay.

“Berbanding dulu, saya kerap ambil ubat migrain hari-hari hingga suami tegur. Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya Azal (anak) yang ada sinus.

“Cuma mungkin ketika saya ke luar negara dan cuacanya sejuk, saya rasa bahagian hidung gatal-gatal. Kemudian pergi buat pemeriksaan, doktor jelaskan ia sinus,” katanya kepada MH.

Zarina berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023, di ibu kota pada Khamis.

Bintang senior ini turut akui, dia ada melakukan pembedahan pada hidung sejurus prosedur membuang cecair pada bahagian tersebut.

“Lepas bedah dan buang cecair tu, saya repair la hidung sikit, dekat tepi. Tak adalah buruk sangat hidung saya. Tak kan nak biarkan ia nampak tak elok, saya berlakon dan sebagainya.

“Tapi saya tidaklah ‘buat hidung’ cantik betul-betul. Kalau tidak lebih baik saya tegakkan, biar cantik,” katanya yang masih lagi melakukan rawatan susulan sinus sendiri.

Berkongsi mengenai kritikan dan spekulasi tidak berasas oleh netizen di media sosial yang menuduhnya buat muka tanpa usul periksa, Zarina tidak mahu ambil pusing.

“Lantak lah orang nak cakap apa, sebab kalau kita terangkan macam mana pun, haters gonna hate. Kalau mereka tak suka, tak sukalah juga.

“Saya ini pun dah tua, malas nak fikir. Nanti saya jadi ‘orang gila’ sewel kalau melayan. Saya tak mahu begitu.

“Bagi saya, kita tak elok kalau asyik nak marah, benci, dengki atau tak pasti dengan orang. Itu negatif, jadi kita kena relak tak perlu nak fikir sangat ketidakpuasan hati orang lain,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH