Walaupun pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga, namun penyanyi Mimi Fly tidak pernah menutup hatinya untuk menerima cinta baharu.
Mengakui hatinya sudah dimiliki, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 36, berkata dia kini dalam fasa mengenali hati budi seorang doktor pakar ortopedik yang berasal dari Amerika Syarikat.
“Saya dah jumpa (cinta baru) tapi dia jauh.Dia seorang doktor yang menetap di Amerika Syarikat dan jejaka berkulit gelap.Kami dalam fasa mengenali hati masing-masing.
“Saya berasa sangat gembira sekarang dan sanggup tunggu yang ini, kalau ada jodoh… mungkin jadi (kahwin),” kata Mimi kepada Media Hiburan.
Mimi ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Awesome TV yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.
Bercerita detik perkenalannya dengan jejaka tersebut, Mimi mengibaratkan percintaan mereka seperti jatuh cinta pandang pertama ketika masing-masing secara kebetulan bercuti di tempat yang sama.
“Sebenarnya saya jumpa dia di Malaysia dua tahun lalu ketika kami kebetulan masing-masing bercuti di tempat yang sama.
“Kami saling berpandangan dan dua-dua seperti ‘love at first sight’ dan daripada situ kami mula berkawan.
“Saya gembira dapat kenal dengan dia dan si dia pun begitu.Sebenarnya, ini kebahagiaan yang saya cari.
“Setiap wanita layak untuk jumpa dengan orang yang mampu membuatkan kita sering rasa nak improve diri ke arah lebih baik dan dapat maju ke hadapan,” katanya lagi.
Pernah mempunyai pengalaman bercinta dengan jejaka bangsa asing sebelum ini, Mimi berkata kedua ibu bapanya menyerahkan soal hati dan jodoh seratu peratus kepada dirinya.
“Ibu bapa tidak kisah, mereka hanya nak lihat saya bahagia dengan pilihan hidup saya.
“Saya pun tidak kisah dengan persepsi orang luar (bercinta dengan lelaki kulit hitam),” katanya.
Mimi yang terkenal dengan julukan ‘Rihanna Malaysia’ ini pernah berkahwin dengan bekas pengurusnya Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun bercerai dua tahun kemudian.
Selepas itu, dia pernah bercinta dengan jejaka dari Mesir pada 2018 namun hubungan itu terlerai di tengah jalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mimi Fly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nazim Othman tampil menjelaskan mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama selebriti terkenal, Janna Nick.
Jelas Nazim, hubungannya bersama Janna memang akrap namun, tidak lebih sebagai seorang sahabat.
“Kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Hubungan kami sentiasa baik dan selesa sesama sendiri. Dalam dunia ini, memang ada segelintir individu yang kita memang boleh rapat begitu sahaja.
“Ada sesetengah orang, kita kena jumpa berkali-kali dahulu, baru ada keserasian. Saya dan Janna sentiasa jujur dengan diri sendiri dan kami selalu berkongsi rasa serta nasihat.
“Hubungan tersebut berlaku secara semulajadi tanpa sebarang apa-apa paksaan,” katanya kepada MH.
Nazim berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis pertunjukan fesyen, Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Ratu Ten Pin ini berharap agar persahabatannya bersama Janna akan kekal sampai bila-bila.
“Tiada istilah ‘friendzone’ di sini kerana tiada sebarang percubaan pun untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya.
“Jodohkan kami sebagai sahabat yang baik. Saya sangat menghargai Janna dan dia juga memahami saya. Saya sifatkan dia sebagai seorang yang baik, kuat dan tabah.
“Saya hormati dan kagumi setiap kualiti yang ada pada Janna. Mungkin kualiti-kualiti yang ada pada saya juga boleh dia ikuti dan hargai,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk memulakan perhubungan yang baru, Nazim akur dengan segala ketentuan Illahi.
“Ketika ini, saya masih lagi single. Saya sudah mencapai tahap di mana kini saya tidak lagi mencari (pasangan), berharap dan menanti.
“Namun, andai kata ada sesuatu perhubungan yang berlaku disebabkan kuasa Allah dan Dia mahu menghantarkan kepada saya seseorang, saya terima dengan hati yang terbuka,” ujarnya lagi.
Jelas Nazim lagi, dia juga sudah banyak banyak belajar tentang soal kehidupan daripada kisah rumah tangganya yang terdahulu.
“Saya dah semakin matang dan lebih tenang. Saya dah tak macam dulu lagi yang terkejar-kejar banyak perkara ketika masih muda.
“Saya banyak fikir perkara-perkara yang tak patut diperbesarkan. Perkara-perkara seperti ini yang membuatkan hubungan saya yang terdahulu gagal. Hal tersebut pun sudah berlaku.
“Saya juga doakan yang terbaik untuk dia (bekas pasangan). Dari pihak saya pula, saya banyak belajar. Kalau tanya orang-orang di sekeliling pun, mereka tahu saya dah lain. Lain dari segi yang baik.
“Cara saya menguruskan sesebuah isu pun tidak sama dengan dahulu,” akhirinya.
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila Janna dan Nazim dikatakan sedang menjalin hubungan cinta selepas aktres tersebut memuat naik gambar mereka keluar bersama di laman Instagram.
Sekadar informasi, Nazim berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun bercerai pada 17 Mei 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Betty Rahmad menerusi laman Instagram berkongsi klip video tariannya sewaktu sedang sarat mengandung sembilan bulan.
Terhibur melihat aksi ibu mengandung menari dengan perut memboyot.
“Throwback when i was 38weeks 5days pregnant. Dancing with #ardywira in my belly. Masa ni menghitung hari & excited nak jumpa baby sebab barang & bilik baby semua dah ready.
“Pastu orang semua tanya bila beranak, bila beranak?! So mummy hiburkan hati macamni. Konon-konon natural induce la hehe. Alhamdulillah rezeki i had a very smooth & easy pregnancy.”
Jelas Betty, dia hanya mahu berkongsi selepas melahirkan kerana tidak mahu dikecam orang ‘makcik bawang’ yang mungkin tidak senang melihat wanita sarat mengandung menari.
“To all preggy mommy, just enjoy your pregnancy, stay positive and do whatever makes you happy cos you’re baby mama! You’ll be fine!?
“P/S: Saja tak post masa pregnant, nanti makcik bawang marah sis menari ? #9monthspregnant #ardywira,” jelasnya.