
Tetamu datang, tetamu pergi ketika berkunjung ke rumah sanak saudara apabila tiba musim perayaan Hari Raya AidilAdha baru-baru ini.
Pelbagai juadah enak disediakan dan saling mengenakan pakaian yang cantik di pagi raya.
Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan pelakon, Ezzaty Abdullah yang bertungkus lumus membersihkan pinggan mangkuk.
“Senyum dan ketawa utk menghilangkan penat. Lepas dah makan gulai semua, kita basuh pinggan yg menimbun pulak.
“Sorrylah tetamu x dpt jmp tadi. Ada ni haa kt blkg rumah tgh basuh pinggan.
“Thank you semua tetamu yg dtg td. Sampai x cukup pulak mknn. Masak lagi 2x. Setiap tetamu yg hadir membawa rezeki,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on
Foto tersebut melihatkan pelakon drama Empat Penjuru itu sedang mencuci pinggan mangkuk saat bercuti ke kampung halaman di Kemahang, Pahang.
Lalu, netizen memuji sikap Ezzaty yang tidak kekok melakukan kerja-kerja rumah.
Nyata, Ezzaty tenang melakukan kerja tersebut dengan senyuman.
Foto:Instagram Ezzaty
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Puluh Ribu Pula Nak Kena Ganti,” – Sempat Elak Dalam Seinci, Norman Hakim Hampir Terlanggar Cameraman Dengan Vespa

Pelakon dan pengacara, Norman Hakim meluahkan rasa lega selepas dikatakan sempat mengelak daripada terlibat dalam kemalangan bersama jurukemera di set pengambaran baru-baru ini.
Menurut Norman, sekiranya jurukamera tersebut tidak mengelak, sudah tentu dia terpaksa mambayar ganti rugi peralatan tersebut yang dianggarkan berjumlah puluhan ribu ringgit.
“Kita mampu merancang..hanya Tuhan menentukan…(lirik lagu Wings). Nasib baik la sempat elak dalam seinci je kot, tak hentam tepat-tepat dekat kamera (swipe).
“Kalau tak, berpuluh ribu RM pulak nak kena ganti untuk kamera tu. Puncanya nak start motor, tak start-start sampai full throttle paddle minyak sebab ingat minyak tak naik. Sekali dapat start,melompat la motor,” tulisnya.
Insiden tersebut dikongsikan oleh Norman menerusi video berdurasi 10 saat yang dimuat naik menerusi di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, pengacara program Mingguan Wanita itu turut berpesan agar kita sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT untuk melindungi kita daripada sebarang musibah.
“Moral of the story, dalam hidup ni memang kena sentiasa banyak berdoa, berdoa & berdoa.
“Mohon perlindungan dariNya sebab kita tak tahu ‘babak’ mana dalam hidup kita yang doa-dia itu akan di’activate’ olehNya alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Norman iselain turut menasihatinya agar lebih berhati-hati lagi selepas ini.
Terdahulu, Norman kini terlibat dalam drama FamILoveYou yang akan ditayangkan di saluran Astro Ceria pada Januari 2021.
Selain Norman, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain seperti Shakilla Khoriri, Fazlina Ahmad Daud, Razak Ahmad dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Pernah Dalam Sejarah Malaysia Seorang Wanita Ditahan Kerana Merogol,” – Peguam Ini Tampil Beri Pandangan Babak Episod Akhir Nur 2

Drama rantaian, Nur 2 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Bagaimanapun, “rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’ apabila babak Juita ditahan kerana dituduh merogol Ustaz Adam terus menjadi perbincangan netizen.
Lalu, individu bernama Nor Zabetha yang difahamkan seorang peguam telah mengemukakan pendapatnya tentang sistem perundangan yang digunakan dalam episod terakhir drama tersebut, semalam.
Ulasnya, tidak pernah terjadi dalam sistem perundangan Malaysia di mana seorang wanita ditahan kerana merogol seorang lelaki.
Katanya, undang-undang tidak boleh difiksyenkan.
Ini dia penjelasannya seperti yang dipetik;
“Episod terakhir Nur 2, akhirnya Juita ditangkap kerana dakwaan merogol Ustaz Adam.
“Betul atau tidak olahan babak ini jika dibandingkan dengan undang-undang realiti. Drama ini adalah fiksyen, pun begitu fakta undang-undang sama ada fiksyen atau realiti, perlu tepat.
“Yang fiksyen adalah watak dan jalan cerita, undang-undang tidak boleh fiksyen kerana rosak fahaman awam nanti.
“TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH MALAYSIA seorang wanita ditahan, disiasat atau didakwa kerana merogol seorang lelaki. Sepanjang 10 tahun saya beramal sebagai peguam juga tidak pernah saya mendengar kes ini. Babak Juita ditahan kerana merogol seorang lelaki adalah salah sama sekali.
“Kenapa? Dalam Kanun Keseksaan memberi pendefinisian rogol dibawah Seksyen 375 iaitu seorang LELAKI dikatakan merogol apabila melakukan hubungan seks dengan wanita tanpa kerelaaannya atau tanpa kebenarannya dan selebihnya boleh semak sebahagian akta dalam gambar dibawah, saya kongsi.”
Jelasnya, rogol terjadi apabila pelakunya lelaki dan mangsa adalah wanita.
“Secara asasnya elemen yang perlu dipenuhi sebelum siasatan kes dimulakan adalah pelaku Lelaki dan mangsa wanita. Itu sebabnya akta bezakan ‘his’ sebagai pelaku dan ‘her’ sebagai mangsa. Perbezaan jantina.
“Dalam kes ini Juita tidak memenuhi elemen pertama iaitu pelaku seorang lelaki. Polis tidak akan mengambil tindakan kerana perbuatan Juita tidak jatuh kategori rogol berdasarkan Kanun Keseksaan.
“Elemen seteruskan paksa dan tanpa kebenaran sama ada dibuat secara ugutan atau penipuan atau salah anggap.
“Sewaktu menonton babak ‘saya hendak buat laporan rogol’ oleh Ustaz Adam, saya faham Ustaz Adam adalah orang awam jadi dia secara naif merujuk situasinya kepada pejabat polis tetapi dalam drama tersebut sepatutnya polis yang perlu menegur Ustaz Adam tentang undang-undang. Adam tak tahu undang-undang.
“Mungkin polis boleh cadangkan laporan dan siasatan dibuka bagi perbuatan Juita yang memasukkan dadah dalam kopi Adam dan bukan tuduhan rogol terhadap Juita. Tetapi apabila polis ke rumah Juita, mereka menahan Juita dan mengatakan “Cik Juita anda ditahan atas tuduhan merogol”. Hahahah.. Babak yang mengelirukan dan memberikan fahaman salah.
“Jadi ingat ya. Rogol pelaku mesti lelaki dan mesti mangsa perempuan. Kalau lelaki dengan lelaki itu bukan rogol di bawah Seksyen 375 dan boleh dihukum bawah Seksyen 376 itu adalah perbuatan Sodomi bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 377C. Jatuh bawah kategori jenayah luar tabii.”
Tulisnya lagi, perbuatan Juita bukanlah jatuh dalam definisi rogol.
“Kalau perempuan dengan perempuan juga bukan kira rogol kerana tidak mengikut definisi rogol yang diperuntukkan.
“Begitulah undang-undang jenayah. Setiap kesalahan perlu melihat sama ada ianya memenuhi setiap elemen jenayah. Kalau tidak cukup, polis boleh menyiasat tetapi pendakwaraya tidak akan beri izin untuk buka kes di mahkamah, jadi memang kebiasaannya polis tidak akan siasat bila tahu elemen tidak mencukupi.
“Kalau cukup elemen dan kes pula tidak kukuh dan ada ‘loop hole’ atau kekurangan bukti, contohnya kes rogol walaupun DNA si lelaki tetapi tidak ada bukti paksaan, semua bukti-bukti perbualan whatsapp selepas hubungan seks menunjukkan si perempuan setuju dan siasatan ke atas tubuh badan perempuan juga tidak ada elemen paksaan. Kebiasaannya juga tidak bawa ke mahkamah kerana kemungkinan pelaku dibebaskan adalah tinggi.
“Jom belajar undang-undang supaya kita jadi warga bijak. Dikongsikan oleh Nor Zabetha. Sebarkan ilmu walau sebaris ayat,” jelasnya panjang lebar menerusi Facebook.
Perkongsian tersebut juga mendapat perhatian seterusnya mendapat reaksi pelbagai pengguna media sosial.
Foto : Facebook Nor Zabetha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Saya Sedang Bertarung Nyawa…,” – Remy Ishak ‘Update’, Pembedahan Jantung Ibu Dihentikan Selepas 12 Jam

Aktor Remy Ishak memaklumkan, pembedahan jantung ibunya, Basrah Md Dris dihentikan selepas 12 jam dalam bilik pembedahan.
Bagaimanapun Remy memaklumkan, pembedahan tersebut akan bersambung semula selepas 48 jam.
“Ibu saya Basrah binti Md Dris kini sedang bertarung nyawa di CICU Hospital Serdang untuk pembedahan jantung.
“Setelah 10-12 jam di dalam bilik pembedahan, operasi diberhentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas 48jam.
“Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada Qada & Qadar, Saya percaya pada hari akhirat, saya percaya Syurga & neraka Allah.
“Namun apa yg saya & adik beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar. Masih banyak kebaikan & kebahagaiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami,” kongsinya menerusi sepotong video yang dikongsi di Instagram.
Remy pada masa sama memohon doa ramai agar pembedahan jantung ibunya dipermudahkan, seterusnya dapat kembali bersama-sama.
“Mohon jasa baik dari kalian semua mendoakan untuk saya dan adik beradik supaya kami boleh bersama2 semula dgn ibu kami,” tulisnya lagi.
Remy pada Khamjs memberitahu ibunya berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Hospital Besar Melaka.
Terdahulu, pada 2018, ibunya pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung bengkak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI