
Tidak dinafikan, banyak syarikat menghadapi masalah kewangan akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.
Penyanyi, Yasin Sulaiman ada meluahkan rasa bimbang terhadap usahawan yang mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menamatkan operasi syarikat.
Di samping itu, penyanyi berusia 44 tahun ini turut berkongsi foto syarikat yang tidak akan beroperasi seperti sedia kala.
“peribahasa covid 19. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.
“Takrif Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.
“Sumber Kamus Istimewa Peribahasa Melayu,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/B_mRW-HjxZ4/
Diharapkan agar semua pihak yang terlibat terus tabah dan cekal dalam mengharungi cabaran dunia perniagaan.
Foto: Instagram Yasin Sulaiman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Halal Partner, Allah Maha Mengetahui Jodohmu Bila..,” – Nikah Pada Usia 39 Tahun, Jay Iswazir Sah Bergelar Suami

Tahniah diucapkan buat pelakon Jay Iswazir yang kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Azzahra Ahmad, pada Rabu.
Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail berkongsi khabar gembira itu bersama para pengikut di laman media sosial Instagram.
“Halal partner. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui jodohmu bila dan di mana.
“Tatkala cuba menutup pintu hati dari cinta, Allah bukakan pintu yang lain buat seorang yang jauh sekali tak terjangka akan bertemu, terikat hati dan kini menjadi Suami.
“Terima kasih Ya Allah kerna hadirkan Dia dlm hidup ini. Sayang @realjayiswazir, pimpin saya sama- sama hingga ke syurga ya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Terdahulu, pelakon berusia 39 tahun ini mengikat tali pertunangan bersama Azzahra pada 20 Mac yang lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jay Iswazir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hubungan Masih Baik, Syazwan Zulkifly Bawa Bekas Tunang Beraya Di Kampung

Meskipun sudah hampir dua tahun putus tunang, pelakon, Syazwan Zulkifly memaklumkan hubungannya bersama bekas tunang yang juga pramugari, Syawariah Zulkifli, masih lagi baik sehingga hari ini.
Malah, Syazwan turut mendedahkan dia bakal membawa bekas tunangnya tu untuk menyambut hari raya Aidilfitri di kampung halamannya di Melaka.
Jelas Syazwan, dia tidak mahu Syawariah berasa sunyi memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah meninggal dunia manakala adik-beradiknya yang lain pula beraya di rumah mentua.
“Tahun ini, saya masih lagi beraya secara solo tapi berkemungkinan bekas tunang saya akan ikut sekali beraya di kampung saya di Melaka.
“Kedua-dua ibu bapa dia pun sudah tiada lagi. Ahli keluarga dia yang lain pula banyak beraya di rumah mentua. Mak saya juga dah kenal dia. Mak saya lagi rapat dan percaya dia daripada saya.
“Jadi, bila dia kata nak ikut, saya okay sahaja. Ia ibarat macam pergi bercuti la untuk dia. Sebelum ini saya sudah pernah bawa dia beraya di kampung saya,” katanya kepada MH.
Pelakon siri Nenek Bongkok Tiga itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Viu Together Gather di Pavillion Hotel baru-baru ini.
Ditanya adakah dia berhasrat untuk kembali bersama bekas tunangnya itu, Syazwan berkata, dia dan bekas tunang tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut.
“Sebelum bertunang, kami memang sudah berkawan lama. Hubungan kami memang sentiasa baik dan tak pernah bergaduh.
“Untuk kembali bersama, saya pun tak tahu macam mana nak jawab. Kami putus tunang sudah dua tahun dan tak pernah berbincang untuk kembali bersama.
“Saya tak pernah mencari orang lain tapi kalau untuk dia, saya tak tahu. Saya pun tak pernah bertanya jika dia sudah ada teman lelaki baharu atau tidak.
“Mungkin gelaran ‘tunang’ itu sahaja yang tiada kerana kami masih luangkan masa bersama. Kadang-kadang, kalau saya tiada di rumah, dia akan bantu jaga kucing saya. Ia merupakan kucing kami bersama. Kami beli ketika bertunang dahulu,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Syazwan tetap menyerahkan soal jodohnya bersama bekas tunang kepada yang maha Esa.
“Memang selama ini fokus saya hanya pada kerjaya sahaja. Saya belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Dia pun begitu.
“Ibu saya pun tak bertanya kerana adik saya sudah berkahwin. Jadi, tiada tekanan untuk saya. Saya anggap diri saya muda lagi. Baru 36 dan kata orang, pada usia begini, hidup kita baru nak bermula.
“Namun, ia bergantung kepada soal jodoh juga. Kalau ada jodoh saya dengan dia, saya terima. Kalau tiada, kita teruskan sahaja hidup.
“Nak kata selesa hidup membujang, kadang kala bosan juga. Tapi nak buat macam mana? Itulah realitinya,” akhirinya.
Syazwan dan Sya mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 di kediaman keluarga Sya di Taiping, Perak, selepas 10 tahun berkawan rapat.
Namun, mereka sepakat memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Asyik Dikritik, Saya Pun Tidak Ada Peluang,” – Semua Pelakon Bermula Dengan Kelemahan, Rosyam Nor Harap Pendatang Baru Diberi Ruang

Pelakon senior, Datuk Rosyam Nor berharap agar para pendatang baru dapat menggunakan setiap peluang yang terhidang dengan sebaiknya andai mahu nama mereka terus kekal relavan dalam jangka masa yang lama.
Menurut Rosyam yang turut terkenal dengan jolokan ‘Hero Malaya’ itu lagi, meskipun ketika ini amat mudah bagi seseorang itu untuk bergelar pelakon, namun mereka harus sentiasa berusaha demi memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa.
“Dalam keadaan sekarang ini, penerbit tidak mempunyai banyak pilihan. Sama juga seperti zaman-zaman saya dahulu. Kita tak boleh mengukur kebolehan seseorang pelakon itu hanya menerusi satu atau dua kali dia muncul di kaca televisyen.
“Di Malaysia ini, nak jadi pelakon bukanlah susah sangat. Apabila seseorang itu dikenali, mereka pun dah boleh jadi pelakon. Mereka tak tengok sijil apa yang kita ada.
“Tapi kalau ada kekurangan, mereka mesti belajar memperbaiki mutu lakonan mereka.
“Kalau mereka tiada usaha untuk memperbaiki kelemahan, mereka akan hilang dari radar. Jika mereka komited, mereka mampu untuk mengukuhkan jenama mereka sendiri,” katanya kepada MH.
Pelakon filem, Laila Isabella itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di lokasi pengambaran program MHthrowback baru-baru ini.
Rosyam turut menambah, sebagai penerbit, dia juga mengambil kira mengenai pemilihan para pelakon terutamanya bila melibatkan soal sikap.
Bagaimanapun, bintang berusia 53 tahun ini turut berharap agar semua pihak dapat memberikan peluang dan ruang kepada para pelakon baru untuk menonjolkan bakat mereka.
“Saya bukan tak kisah, saya tengok juga latar belakang dan sikap mereka tetapi saya tak menghalang sesiapa pun untuk menjadi pelakon.
“Dunia lakonan ini luas. Permulaan kehidupan saya sebagai seorang pelakon pun kalau asyik dikritik bermakna saya juga tidak akan ada peluang.
“Kalau kita asyik mengkritik semua orang, mereka tidak akan ada peluang. Bagaimanapun, apabila seseorang pelakon itu mendapat tempat dan dia melakukannya dengan baik, lama-lama orang tidak akan kritik.
“Semua orang bermula dengan kelemahan tetapi kalau dah lima atau enam tahun pun ada kelemahan lagi, itu memang bermasalah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Rosyam Noor bakal menjadi tetamu undangan bagi episod ketiga program MHthrowback yang akan bersiaran pada Rabu ini.
Program yang dihoskan oleh Radin Era itu boleh ditonton bermula jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI