Pelakon Tasha Shilla berkongsi sekeping foto bersama suami berpakaian sedondon berwarna hijau di laman Instagram miliknya.
Penampilan bersederhana pasangan ini dalam memaparkan kebahagiaan nyata cukup menambat hati netizen.
Rata-rata memuji pelakon berusia 35 tahun itu dalam membawa diri selepas bergelar isteri.
Terdahulu, Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah pada 28 Februari 2020 selepas mengikat pertunangan pada 23 Februari 2020.
Foto : Instagram Tasha Shilla