Pelawak dan pelakon terkenal Hollywood kelahiran Malaysia, Ronny Chieng, kini sah bergelar warganegara Amerika Syarikat sekaligus melepaskan kerakyatan Malaysia.

Perkongsian tentang perkara itu mencuri perhatian ramai apabila aktor lagenda, Bill Murray, turut muncul mengejut dalam rancangan The Daily Show yang dikemudi Ronny bagi meraikan detik bersejarah tersebut.

Dalam video yang dimuat naik pada 6 April lalu, Ronny yang ketika itu sedang beraksi di pentas tiba-tiba menerima kejutan apabila Bill Murray naik ke atas pentas sambil mengucapkan tahniah secara langsung.

“Mereka kata awak sangat teruja hari ini kerana baru dapat tahu awak dah jadi warganegara Amerika,” ujar bintang Ghostbusters itu sambil menepuk mesra belakang Ronny dan memberi tabik hormat secara berseloroh.

Ads

Ronny yang terkenal dengan gaya sinis dan jenaka ‘smart’nya tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman semasa sesi temuduga naturalisasi yang menurutnya sangat mencabar.

“Mereka tanya hampir 100 soalan! Saya terpaksa hafal nama koloni, negeri dan siapa Presiden sekarang. Saya rasa ramai orang takkan dapat jawab semua tu,” katanya sambil disambut gelak tawa penonton.

Ads

BACA JUGA: Majalah Time Iktiraf Michelle Yeoh Ikon Tahun 2022, Antara Anak Malaysia Paling Bersinar Di Hollywood

Apa yang menarik, Ronny sempat bergurau bahawa menjadi warganegara AS dan bertemu Bill Murray dalam hari yang sama adalah satu kombinasi yang “gila dan tak masuk akal.”

Ads

Sekadar info, Ronny Chieng dilahirkan di Johor Bahru, Johor Datul Takzim dan mendapat pendidikan persekolahan di Singapura.

Pernah berkongsi rutinnya ketika kecil, dia akan bangun seawal 4 pagi untuk ke Singapura bagi sesi persekolah sebelum pulang pada petangnya dan hanya sampai ke rumah di Johor Bahru pada jam 8 malam.

Dia kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Melbourne, Australia dan berjinak-jinak sebagai pelawak dalam dunia hiburan di negara itu sebelum mencipta nama di Amerika Syarikat menerusi filem dan rancangan seperti Crazy Rich Asians dan The Daily Show.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI