‘Bersihkanlah hati kita jgn tertipu dgn amalan sendiri’. Demikan nasihat yang diberikan penceramah bebas, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias (DUKE) apabila ada pihak yang beranggapan dia bersikap riak(menunjuk-nujuk) ketika berkongsi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya baru-baru ini.

Bagaimanapun, Kazim tampil memberi penjelasan berhubung perkongsian status yang dimuatniaknya itu dan meminta agar pengguna laman sosial jangan terlalu cepat menilai orang lain.

“Post cerita anak ambik result exam pun dikata riak, sampai boleh menilai hati orang adakah itu yg dikata tasauf..? Kalau belajar tasauf sifat menilai orang lain x betul hanya diri sendiri yg betul.. tu dah namanya ujub boleh membawa kpd takabbur pulak..

“Persoalan hati ni urusan kita dgn Allah.. siapalah kita nak menilai hati org? Pandang baik kan lebih selamat,” tulisnya.

Dalam masa sama, Kazim turut memetik potongan ayat suci, Surah Ad Dhuha mengenai tentang nikmat Allah.

“Surah Ad Dhuha menyebut tentang nikmat Allah.. bukankah nikmat Allah itu maha luas?Dapat anak jgk nikmat .. adakah salah memasukkan gambar anak kecil dan memberitahu kelahiran baby itu riak kerana mengecilkan hati org yg x dapat anak..?

Ads

“Yg dilarang sombong, menunjuk2 dgn bongkak dan menghina orang lain malah langsung tiada kesyukuran atas nikmat Allah, seolah2 kejayaan dan kekayaan dtg drp usaha sendiri bukannya drp Allah.. yg tu la riak.. belajar lah tasauf lagi ye..

“Rajin2lah solat Dhuha dlm masa yg sama menghayati Surah Ad Dhuha ayat 11.
Tasauf letaknya dihati diamalkan dgn amalan yg baik lidah yg sopan serta tangan yg berhati2 termasuk menulis di fb.. jgn jd riak dan ujub dgn amalan sendiri,” tulisnya. 

Malah, Kazim meminta agar netizen tidak terlalu cepat menghukum seseorang.

Ads

“Ngata orang lain riak tp dlm wall fb sendiri dok tulis ngaji kat mana, lulusan mana.. yg tu x riak pulak?

“Bersihkanlah hati kita jgn tertipu dgn amalan sendiri..
Pasni gambar konvo ke.. gambar menikah ke jgn masuk dlm fb.. riak.. kesian pd org yg xde ijazah dan xde laki,” akhirinya. 

Ads

Terdahulu, Kazim telah telah berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia anak perempuannya yang berjaya memperoleh 9A.

Foto: Facebook Ustaz Mohd Kazim Elias

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI