Berkongsi memori indah ketika bercuti di Phuket, Thailand, pelakon Aidil Aziz ada memuat naik rakaman video ketika dia sekeluarga bermesra dan menunggang ikan lumba-lumba.
Suami kepada Fasha Sandha itu dilihat membawa bersama Jemaima turun ke kolam untuk menerokai pengalaman istimewa di mana kedua-duanya dibawa berenang oleh haiwan comel tersebut.
“It was a good experienced. Sangat jinak dan manja. Lepas ni kita bela ikan dolphin ye sayang @fashasandha?” tulis Aidil.
Seronok melihat hubungan istimewa yang terjalin antara kedua beranak ini. Malah Aidil dilihat cukup bijak mengambil hati anak-anak.
Semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke syurga.
Foto : Instagram Aidil Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Antara Video Terakhir, Sehari Sebelum Arwah Kena Covid,” – Sedapnya Udang Nestum Allahyarhamah Siti Sarah
Satu perkongsian resipi Udang Nestum yang dimuat naik oleh pihak pengurusan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah di Instagram menjentik rasa rindu di kalangan para peminatnya.
Hidangan yang disediakan lengkap dengan humor dalam loghat Terengganu daripada arwah itu merupakan antara video terakhir yang disediakan bersama ibu tiri, Siti Fatimah Suberi.
“Antara video-video terakhir yang kami masak bersama sampai 5 menu dalam satu masa. Masa ni sehari sebelum arwah kena covid, excited sangat-sangat lahh.
“Sebenarnya kebanyakan menu yang kami masak bersama, saya yang sediakan segala bahan termasuk tukang rekod, bagi idea untuk masak apa dan semualah.
“InsyaAllah ada rezeki saya akan teruskan berkongsi menu resipi dari keluarga kami. Terima kasih pada yang hadiahkan Alfatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut sama menyatakan rasa rindu lantas menitipkan doa yang baik-baik buat arwah yang telah pergi mengadap Illahi.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun menerima lebih 200,000 tontonan.
Terdahulu pada 9 Ogos lalu Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Allahyarhamah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mama Selalu Cakap, Pergi Sana Sini Boleh, Mengapa Tidak Seketika Jejak Kaki Ke Tanah Suci?,” – Ibu Jadi Penguat Semangat Uqasha Senrose Tunai Umrah
Selepas memaklumkan dirinya bakal menunaikan umrah pada 26 Disember depan, pelakon cantik, Uqasha Senrose mengakui perasaannya bercampur baur meski teruja.
Bagaimanapun, dia mengharapkan yang terbaik dan semoga semuanya dipermudahkan.
Rombongan umrah bintang ini turut disertai ahli keluarganya yang lain, termasuk Nelydia dan Raysha Rizrose.
Berkongsi mengenai pemergiannya ke tanah suci tidak lama lagi, Uqasha yang kali pertama menunaikan umrah memberitahu, dia sudah pun mengikuti kursus umrah sebagai persediaan.
“Saya akan tunaikan umrah pada 26 Disember ini, turut disertai ahli keluarga lainnya. Kali pertama dan saya sudah pun melakukan beberapa persediaan, seperti mengikuti kurus umrah.
“Memang perasaan itu gementar, bercampur-campur. Apa pun saya mengharapkan yang terbaik, moga dipermudahkan segala urusan,” kata Uqasha kepada MH.
Berkongsi mengenai apakah yang menjentik dirinya untuk ke sana, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini mengakui ibunya, Rosmizai Mohd Noor banyak memberikan keyakinan dan keberanian untuknya menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Kalau kita nak kata tak bersedia, sampai bila-bila pun kita akan cakap belum bersedia. Mamalah yang jadi pendorong paling kuat saya.
“Mama selalu cakap, pergi sana sini boleh, ke tempat yang sejuk boleh. Mengapa tidak seketika jejak kaki ke tanah suci?,” kongsi Uqasha.
Ditanya mengenai apakah doa yang akan dipintanya saat menunaikan umrah, Uqahsa memberitahu dia hanya mahu berdoa supaya menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.
“Berdoa soal jodoh, kesihatan, ketenangan, kegembiraan dan untuk menjadi insan yang lebib baik, insyaAllah,” ujarnya.
Terdahulu, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini ditemui ketika sesi penggambaran siri sitkom terbaru, Spana Jaya X di Sri Pentas, Bandar Utama yang bakal bersiaran Februari depan.
Turut sama menjayakan sitkom sebanyak 13 episod ini ialah Ben Amir, Douglas Lim, Sangeeta dan ramai lagi.
Menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat terlibat di dalam diri yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini suatu ketika dulu, Uqasha bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa gementar apabila siri berkenaan disiarkan kelak.
“Siapa yang tidak gembira apabila dipilih untuk menjadi sebahagian daripada famili siri yang pernah trending suatu ketika dulu. Cuma pada masa sama, saya bimbang kerana takut akan dibandingkan dengan siri sebelumnya.
“Apapun, krew terlibat termasuk pelakon dan pengarah banyak memberikan tunjuk ajar apatah lagi Ahmad Idham dan Opie sendiri merupakan antara yang menjadi tulang belakang siri sebelumnya.
“Saya ada juga tonton beberapa sedutan Spanar Jaya yang asal sebagai rujukan,” terangnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Uqasha baru saja selesai menjalani penggambaran untuk drama Hantu Don di samping Kamal Adli untuk siaran TV3.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 5 Tandatangan Artis Wanita Popular Kita, ‘Sain’ Datin Alyah Paling Kreatif. Lain Dari Lain!
Bila sudah bergelar selebriti, sudah pasti apa sahaja yang terkait mengenainya akan diambil perhatian peminat termasuklah tandatangan!
Jadi jom lihat lima tandatangan selebriti wanita kita. Agaknya bagi kalian, mana satu yang paling ‘lawa’?
1.Datuk Seri Siti Nurhaliza
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ti.
Di sini, tandatangan Tok Ti kelihatan sangat jelas namanya dan pasti ia mudah untuk ditebak peminat, tandatangan ini milik siapa.
2.Neelofa
Usahawan dan bekas pengacara MeleTOP, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa juga memiliki tandatangan yang menarik.
Meski ia tampak ringkas, namun ia masih tampak elegan dan mewah.
3.Nur Fazura
Pelakon dan isteri kepada Fattah Amin, Nur Fazura turut mempunyai tandatangan yang kreatif dan menarik.
Tandatangan bakal ibu ini lengkap dengan lakaran berbentuk hati di bahagian atas.
4.Erra Fazira
Primadona, Erra Fazira atau nama penuhnya Fazira Wan Chek merupakan salah seorang selebriti kesayangan ramai.
Selai Fazura, Erra turut memiliki bentuk hati dalam tandatangannya.
5.Datin Alyah
Tandatangan milik penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa, Datin Alyah pula tampak cukup ‘abstrak’, tidak jelas akan namanya jika sekali pandang.
Bagaimanapun, ia masih kelihatan kemas dan kreatif.
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI