Usia kandungan pelakon dan usahawan, Ardell Aryana kini sudah pun mencecah usia lima bulan dan bakal ibu ini akui alahan dengan makanan berlauk seperti nasi kandar.
Kongsi pemilik nama penuh Nurul Hidayah Mohd Amin itu di Instagram, dia mengalami muntah-muntah selepas 15 minit menikmati hidangan popular itu.
“Tolong Ajar saya cara menolak ini. Benar lah bahawa cinta kita boleh tepis siap smash jauh lagi, tapi makanan Masyaallah aura dia. Malu tapi mahu, tolak rugi ya amat.
“Nasi kandar pulak tu kuah campur, telur masin , bendi rebus , ayam madu , sirap ais (tapi sayang bertahan dalam perut nasi kandar deen penang ni hanya 15 minit ) lepas tu Muntah. Keluar segalanya siap keluar air mata.
“Alhamdulillah dapat merasa . Walau bahagia hanya sebentar. Si pemburu makanan yang gagal , lepasni cuba lagi memburu. Makanan belah utara best , tq pada semua yang suggest tempat menarik #makanmakan pasni ke negeri mana pulak eh,” kongsinya.
Kisah tragis tiga beradik yang meninggal dunia selepas dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, pada 5 Syawal lalu nyata menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Jenazah ketiga-tiga beradik itu telah selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.
Berita tersebut menerima pelbagai reaksi dari orang ramai, termasuk PU Azman yang turut menitipkan doa buat tiga anak muda yang telah pergi mengadap Illahi.
Sambil memetik hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, perkongsian tersebut dizahirkan penceramah bebas itu menerusi Instagram.
“Pilu. Doakan mereka dan keluarganya semoga tabah.
“Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong.
“Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.
“Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.
“Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah. Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga.
“Semoga mereka mendapat syahid.
“Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah” (Bukhari Muslim),” tulisnya.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan. Al-Fatihah…
Foto: Instagram PU Azman, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
My Events International dan Absolut Event & Management menerusi pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab bakal menganjurkan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) buat kali kedua yang berlangsung pada 14 hingga 17 April depan.
Teruja menantikan festival bersempena musim perayaan itu, pasangan Ben dan Nadiyah meluahkan rasa syukur apabila sokongan berterusan diterima barisan vendor setiap kali menganjurkan festival seumpamanya.
“Niat kami adalah untuk membantu sebanyak boleh peniaga. Kadang-kadang rasa ralat pun ada, bukan sahaja daripada perspektif bisnes tetapi juga kita kalau boleh nak lebih ramai peniaga turut ambil bahagian. Sebab itulah tahun ini kita buka lebih 200 ‘booth’ berbanding hanya 360 ‘booth’ sahaja tahun lalu.
“Kita nak tolong semua, tapi ia berdasarkan ‘first come first serve’ juga. InsyaAllah kalau selepas ini ada peluang, kami terbuka untuk menerima lebih ramai peniaga, sama-sama membantu kongsi rezeki,” kata Nadiyah.
“Sudah tentu bagi pihak kami, kami rasa teruja sebab sebelum kempen di media sosial, semua ‘booth’ sudah terjual. Malah rakan penaja pun ada tanya sekiranya ada peluang untuk kita buka lebih banyak ruang lain. Tapi kami juga perlu fikirkan soal persaingan barangan jualan.
“Nanti kalaulah ada produk jualan yang hampir sama, risau pulangan jualan vendor itu akan kurang. Sebolehnya kita mahu fikirkan yang terbaik untuk semua pihak. Terhadkan kepada jumlah ‘booth’ tertentu,” kata Ben.
Mereka pada masa sama berbesar hati atas sokongan rakan artis yang turut sama bakal memeriahkan festival yang bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu.
“Tahun ini kita target sekitar 2 juta pengunjung selama empat hari festival. Jumlah itu dikira secara realistik, belum lagi mereka yang datang dengan pengankutan awam, e-hailing dan sebagainya. Kita tak letak jumlah pengunjung merepek-repek, ia dikira secara konservatif.
“Tahun lalu sekitar 1.25 juta pengunjung. Jadi memandangkan ‘booth’ bertambah, secara langsung kita jangka akan lebih ramai yang hadir susulan pelbagai aktiviti menarik yang mengisi slot sepanjang festival seperti konsert, ‘money chamber’, dan sebagainya,” katanya lagi.
Berjalan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal, ABXGR23 bukan sahaja diadakan secara ‘indoor’ tetapi juga ‘outdoor’ dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai menu makanan khas untuk berbuka puasa dan sahur.
Pada masa sama, ABXGR23 tidak ketinggalan menghormati Ramadan dengan menjemput ilmuan tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan nasyid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz.
Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal.
Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif – Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council.
Antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka termasuk Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari.
Malah pasangan suami isteri Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan dijangka turut terlibat di dalam festival berkenaan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan pempengaruh, Iqbal Zulkefli mendedahkan dia baru sahaja selesai menjalani prosedur menguruskan badan, sekaligus menjelaskan mengenai perkembangan terkini mengenai dirinya.
Iqbal berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Insta Story Instagram.
Menurut Iqbal, selepas menjalani proses tersebut, dia tidak menjamah makanan walaupun sekeping roti selain menjaga pengambilan air.
“Saya baru selesai proses kurus bersama doktor di hospital. Ini hari ketiga saya langsung tidak menyentuh makanan walau sekeping roti.
“Air pun tidak lebih segelas saya minum sepanjang tiga hari ini. Apabila stabil ada tenaga saya kongsikan dari awal prosesnya,” tulisnya.
Menerusi hantaran terbaharu, Iqbal menjelaskan dia perlu bertahan susulan kerap muntah muntah sepanjang fasa yang dijalani.
“Saya perlu banyak sabar. Pertama, menahan lapar selama sembilan hari langsung tidak boleh sentuh makanan. Setiap 10 minit sekali saya perlu minum air sedikit-sedikit sahaja.
“Sejak program kurus dilakukan, saya muntah sangat kerap. Sabar yang kedua adalah cuba untuk memberi faham kepada orang yang menghubungi saya bertubi-tubi, meskipun mereka tahu saya dalam keadaan begini,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Iqbal ada menyuarakan hasrat untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi mengubah penampilan di samping mahu menjaga kesihatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...