Benarlah kata orang, rindu yang tidak tertanggung adalah rindu kepada mereka yang sudah pergi meninggalkan dunia yang fana.
Genap tiga tahun kehilangan anak kedua iaitu Muhammad Syakir Alif Johan, penyanyi Datuk Nora Ariffin berkongsikan luahan hatinya di laman Instagram.
Antara lain, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan Allahyarham anaknya di sana.
“14 Dec 2019, genap tiga tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar di ingatan, belum luput daripada pandangan… rindu tak pernah padam.
“Moga anakanda Alif tenang di sana. Mama redha pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu dan kita smeua.
“Al-Fatihah buat anakanda Alif Johan dan semua yang telah terdahulu pergi meninggalkan kita,” coret Nora di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu, Nora memuat naik video kenangan bersama Allahyarham Alif selain foto pusara anaknya.
Ketika kunjungannya ke pusara Alif, Nora turut membawa skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak Alif baru-baru ini.
Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur berdekatan pusara bapanya, komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI