Penampilan penyanyi Aina Abdul yang mengenakan persalinan gaun yang dihiasi dengan bungaan segar di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) mencuri perhatian penonton.
Lengkap dengan kasut tinggi yang unik, penampilan Aina seperti biasa pantas menerima reaksi pelbagai dalam kalangan wargamaya.
“Penampilan dan persalinan saya malam ini dicantikan oleh Noir. Letup tak? Aina jadi ‘pokok’ dah hari ni, letup tak?,” seloroh Aina.
Aina pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat pasangan duetnya menerusi Lagu Nafas Cinta, Khai Bahar.
Ads
“Saya puas hati, ahamdulillah. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada pasangan duet saya Khai Bahar,” katanya selepas ditanya hos, Nabila Huda mengenai persembahan mereka sebentar tadi.
Ads
Terdahulu, Nafas Cinta ciptaan Aina dan Khai bersama Wan Zakaria berentap bersama 11 buah lagu lain bagi merebut gelaran Juara Lagu edisi terbaru yang bersiaran secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur.
Juara bagi kategori utama bakal meneruma trofi bersalut emas bersama wang tunai berjumlah RM100,000.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram TV3 Malaysia
https://youtu.be/lwhi8RC1Dl4
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan penaja utama Konsert Rock Legend Berzaman, Kak KM percaya konsert ini mempunyai daya tarikan tersendiri meskipun tarikhnya bertempung dengan program berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-38 pada 3 Mac depan.
Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, kesemua artis-artis lagenda ini mempunyai pengikut yang besar dan setia sejak awal kemunculan mereka di dalam industri seni.
“Kami tiada niat nak bersaing dengan mana-mana program. Bagi saya, konsert ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Begitu juga dengan AJL.
“Yang pastinya konsert kami akan lebih menyengat dan ramai sebab konsert seperti ini, kita tak buat setiap tahun. AJL tiap-tiap tahun ada.
“Ini konsert pertama kami dan kami berani untuk membariskan para penyanyi lagenda. Kami bayar mahal untuk undang mereka ke konsert ini. Takkanlah tiada yang nak tengok,” katanya kepada MH.
Anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Rock Legend Berzaman baru-baru ini.
Ditanya mengenai tarikh konsert yang agak hampir dengan kedatangan bulan Ramadan, Liana memaklumkan ini merupakan antara cara para penggiat seni kreatif mencari rezeki.
“Pada saya, puasa tetap puasa. Kita tetap akan beribadat seperti biasa. Namun, kita bukan buat konsert pada bulan Ramadan. Hidup harus diteruskan.
“Perkara-perkara ini bukan percuma. Ini merupakan bidang dan cara kami mencari rezeki,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi RAR Sky Entertainment, Rose Azlin Rosli memaklumkan konsert ini juga membuka peluang pekerjaan buat para vendor baharu mencari rezeki menjelang sambutan Ramadan dan Syawal.
“Sebahagian daripada hasil jualan tiket, kita akan dermakan kepada tabung Palestin. Itu memang niat kita. Malah, pada bulan puasa, kita perlukan persediaan.
“Jadi, kami buka peluang untuk para vendor bekerja terutamanya dalam penyediaan baju kru, pembuatan tiket dan pemasaran.
“Mereka semua adalah syarikat baharu. Kita bagi mereka peluang termasuklah artis yang buat persembahan.
“Ini cara mereka cari rezeki dan memikul tanggungjawab buat keluarga terutama dengan kehadiran bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.
Konsert Rock Legend Berzaman yang menampilkan barisan penyanyi seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ameng Spring, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting dan Hazama akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Tiket sudah pun mula dijual bermula dari harga RM198 sehingga RM358.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman tidak menyangka apabila dihadiahkan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dianggarkan mencecah RM300,000 oleh syarikatnya, Mika Series.
Kejutan tersebut diterima Zoey sempena ulang tahun kelahiran ke-36, hari ini.
Jelas Zoey, ia sesuatu yang tidak dijangka selain menyifatkan hadiah tersebut adalah rezeki buat dirinya.
“Saya terkejut dan tak terkata. Tidak menjangka sama sekali mereka iaitu kakitangan syarikat membuat kejutan ini.
“Pada awalnya mengikut perancangan hanya acara percutian syarikat bersama kakitangan dan sahabat terdekat.
“Apa pun, saya anggap ini adalah rezeki dan pembakar semangat untuk saya lebih bekerja keras dalam bidang perniagaan,” katanya.
Menurut Zoey, hadiah itu juga dianggap permulaan baik untuk diri, kerjaya dan perniagaan dijalankan untuk tahun baharu ini.
“Insya Allah, ini adalah permulaan baik pada tahun ini selepas apa yang berlaku sepanjang tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19,” katanya.
Sementara itu, penyanyi, Ramlah Ram turut menghadiahkan Zoey jam tangan jenama Cerruti.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang kini sedang hamil cahaya mata kedua, pelakon Ummi Nazeera ada menitipkan ucapan dan kata semangat buat anak pertamanya, Ayra Aneesah
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon berusia 30 tahun ini berharap anak perempuannya itu menjadi seorang anak yang cekal dan kuat mengharungi ujian kehidupan.
“Kepada Anak perempuanku… Kehidupan tidak semudah yang disangka .. Sebenarnya, kehidupan seseorang sangat sukar.
“Saya telah belajar banyak daripada pengalaman nenek .. Dan saya mungkin atau mungkin tidak mengalami hal yang sama sepertinya … Allah maha mengetahui .. tapi kena selalu ingat.
“Berdiri dan jangan pernah berputus asa untuk bahagia .. Walaupun Nenda gembira sekarang setelah semua yang dia lalui. Alhamdulillah. Petua dia ialah dia tidak berputus asa.
“Tidak ada perkara di dunia ini yang kekal. Lalui sahaja keperitan itu … kerana ia bersifat sementara .. Sentiasa gembira,” tulisnya.
Pelakon filem Gol & Gincu Vol.2 ini turut berdoa moga Ayra membesar sebagai kakak yang baik.
“Saya tahu awak seorang anak perempuan yang baik. Apabila anda melihat saya menangis, awak akan cuba membuat saya ketawa.
“Apabila awak melihat saya ketawa, awak juga ketawa bersama saya. Dan semoga awak menjadi seorang kakak yang baik. Saya sayang awak @ ayra.aneesah,” tulisnya lagi.
Link posting
Terdahulu, Ummi mendirikan rumah tangga bersama Dr. Mohd. Izzar Anwari pada 23 Julai 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayra Aneesa.
Pada Dismber lalu, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin kini sedang hamil anak kedua dan dijangka bersalin Jun depan.
Foto: Instagram Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!