Uncategorized

LHDN Beritahu Masih Ada Beberapa Selebriti Akan Terima Notis Muflis?

Share

Melalui sebuah portal tempatan, ada melaporkan selepas kes Shaheizy Sam menerima notis muflis melalui siaran iklan di sebuah akhbar kini giliran beberapa artis bakal menerima nasib yang sama.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, beberapa nama artis yang terbabit jika tidak mengambil langkah penyelesaian atau tidak berusaha untuk menjelaskan tunggakan akan dikenakan tindakan yang sama seperti apa yang dilalui oleh pelakon Adnan Sempit ini.

“Saya tidak mahu kata ramai (artis), tetapi dalam rekod kami, memang ada selebriti yang akan dikenakan tindakan serupa (seperti Sam) selepas ini.

 

“Hanya tunggu masa saja. Jika mereka tidak mengambil usaha untuk menjelaskan tunggakan, mereka boleh dibawa ke mahkamah dan seterusnya diambil tindakan muflis. Ia adalah prosedur biasa dalam pungutan cukai,” katanya.

Masrun juga menasihati sekiranya masih ada apa-apa perkara yang tidak jelas, para selebriti ataupun individu terbabit boleh merujuk ke laman seswang LHDN atau berjumpa terus dengan pegawai yang bertugas untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut.

Malah, Masrun juga menambah walaupun ada beberapa nama selebriti yang terbabit tetapi mereka juga perlu lalui prosedur yang sama seperti orang lain dan tiada layanan istimewa buat mereka.

“Segala maklumat mengenai tanggungjawab percukaian boleh dicari di laman sesawang LHDN.

 

“Terpulang kepada selebriti itu untuk mengambil tahu mengenai cukai mereka. Jika masih tidak faham, mereka boleh berjumpa pegawai kami bagi mendapatkan penerangan.

 

“Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa,” tegasnya.

Jadi MH Online harap, para selebriti jangan mengambil mudah tentang perkara ini. Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik mencegah dan ambil jalan penyelesaian untuk tidak terbelenggu dengan masalah ini.

SUMBER : Berita Harian

Published by
Lany Azman