Mahu melupakan segala yang melanda, Nabila Huda di laman Instagram memberitahu dia tidak mahu lagi dibelenggu dengan bebanan masalah.
Malah kongsi bintang yang mesra disapa Abil ini, cara baik untuk melegakannya adalah dengan tidur.
Tambahnya lagi, hidup terlalu singkat untuk fikirkan perkara yang tidak menyeronokkan.
“Selamat pagi..Siapa suka tidur Untuk lupa kan masalah sementara waktu ? I Really had a good sleep with a happy tummy last night.
“Thank you for all the wishes and positive comments my beloved friends and followers..Saya dah move on!
“Life is too short to worry about stupid things..Have a great day ahead everyone! You know I love ya’ll so much.”
Tidak lagi memanjangkan ‘perang’ terhadap ibu tiri, netizen kagum dengan semangat positif yang disebarkan.
Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Moga ada sinarnya buat keluarga besar Nabila Huda suatu hari nanti
Foto : Instagram Nabila Huda