Cuba menguji kemampuan melakukan aksi ‘stunt’ sewaktu pembikinan sebuah filem, Hairul Azreen berkongsi detik mencemaskan apabila ligamen atau tisu kakinya tercedera.
Menurutnya menerusi Instagram, babak itu memerlukannya untuk terjun daripada tingkat dua.
“Ligament kaki saya torn masa buat stunt terjun dari tingkat 2 , doakan saya boleh kembali beraksi semula utk filem @wira_2019.
“Btw thank you @hafizulkamal hantar sy ke hospital,
thank you production @act2pictures bayarkan bill saya, hati sedih tuhan je tahu.
“Benda yang saya harap tak jadi untuk kali ini tapi jadi juga, saya terima dugaan ini dengan hati terbuka #TheBestNeverRest,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
Dia turut berkongsi beberapa keping foto imbasan X-ray dan terpaksa memakai alat sokongan sehingga pulih sepenuhnya.
Foto : Instagram Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jatuh Bangun Bersama Elite, Azza Doakan Sahabat Baik, Abby Abadi Moga Dilimpahkan Rezeki Seluas Lautan…
Pelakon dan pengacara, Azza Elite atau nama sebenarnya Nur Azzarima Zawari ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 40 tahun itu mengimbau kenangan bersama dengan rakan artis, Abby Abadi.
Di samping itu, Azza sempat menitipkan kata-kata doa buat sahabat baiknya itu.
“teringat pertama kali bertemu dgn dia.. @abby_abadi112 .apa resipi bersahabat dan menyayangi sehingga puluhan tahun bersahabat.? kerana saling melengkapi setiap kekurangan.. tp i la yg bnyk kurang tu.
“Duhai sahabatku yang baik hatinya..semoga Allah kurniakan kita rezeki hari ini seluas lautan .. rezeki yang Allah turun kan kepada org org yang soleh..rezeki yang Allah kurniakan agar kita dapat berkongsi dengan keluarga kita.. .
“Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya.Semoga kita diistiqomahkan untuk terus menebar kebaikan, dan senantiasa meluruskan yang bengkok, saling mencintai atas nama Allah تعليhingga kita bertemu di JannahNya kelak. With love, azza rima .love u lillahitaala,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzazawari) on
Dalam pada itu, peminat memuji wajah pasangan pelakon ini yang dikatakan kelihatan cantik dan sopan memakai hijab.
Untuk rekod, Azza dan Abby merupakan anggota kumpulan nyanyian wanita Elite yang turut dianggotai Sasha Saidin, Watie dan Linda Rafar.
Foto : Instagram Azza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syamsul Yusof Tak Tahu Isu Lafaz Cerai, Peguam Tetap Tak Setuju JKP Dibuat Berasingan
Disebabkan dakwaan pelakon, Puteri Sarah yang mengatakan suaminya yang juga merupakan pengarah sensasi, pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali, proses mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) harus ditanggungkan.
Menurut peguam wakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais, hakim telah mengarahkan supaya isu lafaz cerai itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kes-kes lain diteruskan.
“Pihak hakim meminta plaintif (Puteri Sarah) untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang didakwa telah dilakukan sebanyak dua kali oleh Syamsul. Jadi dapatan (keputusan) JKP perlu ditangguhkan dahulu membabitkan perintah shiqaq,” katanya.
Jelas Azmi lagi, prosedur JKP sepatutnya dilakukan secara bersama dan bukanlah berasingan.
“Pengerusi JKP memberi keterangan mengenai cara pengendalian sesi JKP dan berpendapat sesi tersebut sepatutnya dibuat secara berasingan mengikut situasi.
“Tetapi kami tidak bersetuju. Kami juga memandang serius prosedur itu dan mengenai dakwaan lafaz cerai itu pun anak guam (Syamsul) saya tidak tahu kerana prosedur tersebut dijalankan secara berasingan.
“Itulah masalahnya apabila JKP dibuat secara berasingan. Ambil nota tetapi pihak dan wakil tidak bercakap antara satu sama lain. Jadi isu lafaz cerai ini anak guam saya tidak menjawab dalam prosedur JKP,” katanya.
Tambah Azmi, hakim mengarahkan kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan dahulu kes pengesahan lafaz cerai yang perlu difailkan oleh pihak plaintif.
“Isu yang lebih penting sekarang adalah Yang Arif telah memerintahkan bahawa pihak berkenaan kena memfailkan pengesahan lafaz cerai.
“Jadi pada 14 Jun ini adalah untuk mengetahui status pengesahan lafaz cerai,” jelasnya.
Terdahulu, tular mengenai dakwaan Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pernah diceraikan dua kali oleh suaminya.
Menurut laporan, terdapat sumber yang mengatakan kedua-dua lafaz talak pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Mengimbau semula, pada 18 April lalu, Syamsul dan Puteri Sarah gagal menemui kata sepakat sekaligus proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut tergangguh.
Antara sebab Syamsul menolak untuk melafaz cerai ialah keengganan Puteri Sarah menarik saman terhadap madunya, Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga lain.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Dalam ‘Senarai Terkini Untuk Dihalalkan’, Reaksi Bella Astillah – “Saya Rasa Sangat Sedih Nampak Nama Di Situ.”
“Saya rasa sangat sedih nampak nama di situ…”
Demikian kata pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sejurus ditanya mengenai apa reaksinya apabila mengetahui namanya antara dalam ‘senarai terkini untuk dihalalkan’ yang dibuat oleh segelintir netizen di media sosial, kebelakangan ini.
Selain Bella, ada lima lagi nama selebriti wanita lain yang kini sudah pun berpisah dengan suami masing-masing turut tersenarai.
“Saya tak rasa gembira pun apabila nampak apa yang dikongsikan itu. Tapi inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya (sudah berstatus ibu tunggal).
“Inilah senarai selebriti yang sudah bercerai atau kini bergelar janda,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Konsert A Night With Sumandak Stars, di Hotel Tamu, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun terkilan sekiranya ada pihak yang cuba untuk mempermainkan perkara itu.
“Kalau ditanya bila nampak senarai itu, sudah tentu saya sedih. Tapi bagi saya, hidup perlu diteruskan.
“Cuma bila ada ketika ia seolah-olah dijadikan bahan jenaka, rasa sedihlah. Sebab saya percaya tiada siapa yang ingin berkahwin, kemudian kita merancang untuk bercerai.
“Tinggal lagi sekarang saya mahu menjaga diri dan pandang ke depan. Saya okay sahaja cuma kalau boleh tidak mahu lagi cakap lagi mengenai hal melibatkan perceraian atau gelaran janda.
“Saya kini lebih senang untuk beri fokus kepada soal kerjaya dan anak-anak sahaja, terima kasih,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial #MHnews Leraikan spekulasi, Bella Astillah akhirnya menjelaskan mengenai posting terkini yang dilakukannya di Instagram, awal hari ini. Ia sebenarnya adalah sebagai gimik bersempena dengan penglibatannya menerusi Konsert A Night With Sumandak Starts yang akan berlangsung pada 30 November depan. Bella bagaimanapun tiba-tiba sebak bila mengulas mengenai ada warganet yang membuat senarai mengenai selebriti wanita yang kini sudah bergelar ibu tunggal #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ A little sad soothing music relaxing piano(1538123) – Kei
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI