Categories: Uncategorized

“Like Father Like Daughter,” – Bila Jep ‘Bahan’ Rambut Anak, Kelakar Habis!

Share

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu dengan nada bergurau menjelaskan, dia pernah membawa watak pemuda ‘botak tengah’ bukanlah punca sebenar rambut anaknya, Dariya Inara tidak tumbuh dengan lebat.

Jep menerusi Instagram memuat naik gambarnya ketika membawa watak pemuda ‘botak tengah’ semasa sketsa Sepahtu Reunion Live, lalu dibandingkan dengan rambut anaknya ketika in

“Abah tak rasa ini sebabnya ? #anakabah #sepahtureunionlive,” tulisnya.

 

“Abah perati je rambut anak abah ni ?? @dariyainaraofficial @sariyanti#anakabah,” katanya

Entri tersebut telah menerima lebih empat ribu komen dan rata-rata peminat serta rakan artis turut terhibur dengan gambar lucu yang dikongsikan Jep itu.

Terdahulu, Jep telah melansungkan perkahwinannya bersama pelakon, Sari Yanti pada 24 Februari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Dariya Inara yang popular dengan nama jolokan ‘Anak Abah’.

Foto: Instagram

Published by
Aizam Manaf