Kisah tragis bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne, yang meninggal dunia pada 16 Oktober 2024, terus menjadi topik hangat dalam kalangan peminat dan industri hiburan.

Susulan kejadian tersebut, pihak mahkamah Argentina telah mendakwa lima individu atas kesalahan yang dikaitkan dengan kematiannya.

Tuduhan melibatkan tiga individu atas pertuduhan membunuh tanpa niat dan dua lagi atas kesalahan membekalkan bahan terlarang.

Mereka yang didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat adalah Rogelio “Roger” Nores, seorang ahli perniagaan yang juga rakan kepada Liam, Gilda Martin yang merupakan Pengurus Hotel dan Esteban Grassi yang merupakan Penyambut Tetamu Hotel.

Manakala Ezequiel Pereyra dan Braian Paize yang merupakan pekerja hotel menghadapi tuduhan membekalkan dadah kepada Payne sebelum kematiannya.

Ads

Jika didapati bersalah, Gilda, Esteban dan Rogelio boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun. Manakala, Ezequiel dan Braian pula berdepan hukuman lebih berat, iaitu penjara antara empat hingga 15 tahun.

Lima Individu Dihadapkan Ke Mahkamah Susulan Kematian Bekas Ahli One Direction, Liam Payne
Liam (Kanan sekali) bersama ahli kumpulan One Direction yang lain ketika digabungkan sebagai kumpulan di pertandingan X-Factor UK

BACA JUGA: Bekas Anggota One Direction, Liam Payne Meninggal Dunia Pada Usia 31 Tahun

BACA JUGA: “Jangan Bawa Budaya Ini Di Malaysia,” – Acara Tribute Mendiang Liam Payne Bakal Diadakan Di KL? Ini Respon Netizen

Ads

Imbas kembali, bintang berusia 31 tahun itu meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan hotel yang didiaminya di Buenos Aires, Argentina.

Laporan autopsi mendedahkan bahawa badan Liam mempunyai kandungan alkohol, kokain, dan ubat antidepresan semasa kejadian.

Ads

Penemuan ini menimbulkan spekulasi bahawa faktor-faktor tersebut mungkin menyumbang kepada keadaan mental dan fizikalnya sebelum insiden berlaku.

Jasad Liam disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Amersham, Buckinghamshire dekat London pada 20 November 2024, kira-kira sebulan lebih selepas kematiannya.

Sumber: Entertainment Weekly

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI