Usahawan dan bekas penyampai radio, Linda Onn berkongsi dedikasinya buat rakan artis, Elly Mazlein yang kini kian menjadi sebutan selepas berjaya mengemudi program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dengan baik.

Menurut Linda, produksi tidak salah memilih hos bagi menggantikan Jihan Muse yang ketika itu sedang berpantang anak kedua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)

“Tengah scroll gambar kat handphone terjumpa ni. Zara dengan Kepompom @iamellymazlein. Tak salah orang Linda pilih jadi watak utama drama pertama terbitan Linda, Kopi Susu Cik Janda.

“Dan tak salah orang GV pilih jadi hos. Sekarang tiap Ahad malam memang mesti tengok GV bukan sebab peserta-peserta yang memang hebat tapi tengok GV sebab Kak Lina Pom Pom.

Ads

“Dia bikin kita yang penat kerja, penat otak seharian ni jadi happy, jadi hilang stress tengok gelagat dia. Good job @iamellymazlein!

“GV janganlah habis awal. Dah lama tak ketawa macam ni,” tulis Linda menerusi salah satu perkongsian di Instagram baru-baru ini.

Ads

Artikel Berkaitan;

“Konsert GV9 Nanti Pakai Sandal Atau Sneakers Takpe,” – Elly Masuk Hospital, Peminat Risau Kalau Sakit Lutut Balik!

Ads

“Bangun Tidur Terus Pergi Undi Ke Kak Kepom,” – Peminat Usik, Baju Labuh Putih Elly Curi Perhatian

“Selalu Datang Studio Bawa Buku & Pen Untuk Bertanya,” – Cerita Balik Detik Awal Berjumpa, Linda Onn Bangga Kejayaan Fara Fauzana

@mediahiburanofficial Kepom ke, Kak Lina ke, Elly Mazlein ke… kita sayang semua! ♥️ Nombor syatuuu lah dikkk #M#MHnewsMediaHiburan #GV9 ♬ original sound – Media Hiburan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI