Lisa Surihani Doa Moga Kekal Istiqamah; “Banyak Benda Lagi Yang Saya Tak Tahu Tentang Ilmu Agama.”

Share

Penampilan pelakon Datin Lisa Surihani sejak berhijrah menggenakan tudung dan semakin melibatkan diri dalam kelas-kelas ilmu keagamaan mendapat pujian peminatnya.

Lisa atau nama sebenar, Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata dia berharap dirinya akan kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut.

“Alhamdulilah kalau ada mereka yang rasa benda itu baik untuk mereka, saya doakan untuk mereka juga.

“Kita semua dalam perjalanan (masing-masing), jauh lagi, banyak benda yang saya tak tahu, yang saya nak belajar tentang ilmu agama… harap saya istiqamah,” katanya kepada MH.

Lisa ditemui pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Selain imej berhijab, wajahnya yang kini sering tampil polos tanpa mengenakan sebarang solekan turut dipuji netizen yang mana rata-rata sukakan dengan fasa perubahan Lisa ke arah lebih baik.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Lisa berkata dia kini sudah tidak berapa rajin untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.

“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.

“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tak berapa nak pasti berkenaan itu.

“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar