Lisdawati Alami Detik Cemas, Terlibat Kemalangan Dengan Penunggang Motosikal OKU

Share

Pelakon, Lisdawati mengalami detik cemas pagi ini apabila terlibat dalam kemalangan kereta yang dinaikinya dengan sebuah motosikal milik lelaki Orang Kurang Upaya (OKU).

Perkara itu diluahkan pelakon itu menerusi IGTV miliknya.

“Hanya sekadar berkongsi cerita, pagi ini saya keluar jam 6:50 pagi, sekarang 8:30 dan saya masih berada di depan Leisure Mall.

“Apa yang mendukacitakan saya pagi ini kerana kereta saya dilanggar oleh sebuah motosikal OKU. Walaupun hati saya berderau, of course marah sebab saya baru sahaja baiki serba sedikit .

“Saya sabar dan parking kereta di bahu jalan, dibantu oleh polis trafik dan mungkin polis itu akan fikir saya akan selesaikan masalah itu dengan lelaki berkenaan (OKU yang langar),” katanya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 41 tahun itu turut mengakui rasa berbelah bahagi.

“Saya tak tahu nak deal macam mana sebab ternyata dia yang salah.

“Sekarang ini saya tak tahu nak kesian diri saya atau nak kesian dia , tapi sesuatu yang agak mengecewakan apabila saya minta bantuan dia untuk naikkan bumper kereta yang terjatuh,” kongsinya.

Hakikatnya, Lisda mengharapkan agar situasi tersebut dapat dileraikan dengan permohonan maaf dari lelaki itu, namun sebaliknya yang terjadi.

“Sebenarnya saya mengharapkan perkataan ‘sorry’, tapi tak ada. Sehingga dia berlalu pergi. Tapi sempat dia bagitahu “saya nak ke kiri ke?”

“Dah sah-sah kereta saya berada di tengah jalan lurus. Tak ada ke kiri atau kanan. Jadi, saya tak tahu apa perasaan itu,” luahnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata menganggap kejadian pagi ini yang menimpa pelakon itu adalah ujian dariNya.

Dalam perkembangan lain, Lisdawati bakal menjayakan watak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam filem ‘Mahathir, The Journey’.

Filem tersebut menelan bajet sebanyak RM6 juta akan memulakan penggambaran pada bulan Disember hadapan.

Video : Instagram Lisdawati

Published by
Amynur Akmal