Ibu kepada empat cahaya mata yang juga merupakan seorang pelakon, Lisdawati mengakui dia terpaksa lebih berhati-hati kali sebelum ini memandangkan dirinya hamil pada usia 40 tahun.

Katanya, banyak yang perlu dijaga, antaranya dari segi tenaga terutamanya dan juga bentuk badan.

“Untuk itu, saya banyak jaga pemakanan dan melakukan senaman demi mendapatkan bentuk badan asal. Bagi saya mudah sahaja, apa yang kita lakukan sekarang adalah bekalan untuk hari tua, jadi penting untuk saya menjaga pemakanan selain minum air kosong yang banyak.

“Saya memang tak boleh kalau tak minum air manis tapi apa yang saya lakukan adalah pastikan diri sentiasa berdisiplin untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari,” ujarnya.

Ads

Sementara untuk menu makanan pula, pelakon KL Menjerit ini lebih gemar mengambil sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak.

“Saya memang seorang yang jaga pemakanan. Saya memang jarang makan ayam dan daging. Dalam hidangan untuk saya sendiri atau keluarga, memang saya banyakkan sayuran terutamanya lobak merah.

Ads

“Anak-anak dan suami memang dah sedia maklum, kalau saya yang masak, lobak merah pasti ada dalam menu kami.

“Untuk makan malam pula, saya lebihkan sayuran dalam hidangan. Kalau ambil nasi dan lauk, separuh pinggan saya adalah sayuran,” jelas Lis yang pernah membuat percubaan khusus untuk itu.

Ads

“Saya pernah buat eksperimen dengan badan saya. Dua minggu saya tak jaga makan dan makan ayam setiap hari, hasilnya badan saya naik 4kg. Nak turunkan balik punyalah lama ambil masa.

“Sejak itu saya kurang makan ayam dan daging. Kalau nak makan protein, saya lebih memilih ikan dan juga makanan laut yang lain sebagai ganti,” terangnya.

Foto: Instagram Lisdawati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI