“Listen To Mummy, Papa Jal & Nenek,” – Nasihat Cat Farish Buat Anak Bila Bekas Isteri Selamat Bersalin, Sehari Sebelum Tahun Baru

Share

Pelakon dan penyanyi, Cat Farish berkongsi foto anaknya dapat adik baru pada 31 Disember lalu setelah bekas isteri, Hartini Ramli selamat melahirkan anak bongsu.

Susulan itu, dia sempat menitipkan pesanan buat mereka supaya menjadi kakak dan abang yang baik buat adik mereka.

“Dear kids, little sister arrived on 31 Dec, So korang bertiga kena lebih tanggungjawab, Listen to mummy @tiniramly & papa jal.

“Helpfull lebih skit. When people call ur names, dont delay or kejap kejap k.

“Listen to nenek @putraputri2 and atok. Be good kids. Love Daddy,” tulisnya.

Cat atau nama sebenarnya Farish Zaquan, 45 tahun berkahwin dengan Hartini pada Mei 2007 dan bercerai pada tahun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Nia Karlyssa,12 tahun Eva Latheefa, 9 tahun dan Qul Iskandar, 8 tahun.

Foto/Instagram: Cat Farish

Published by
Khaleeda Rashikin