”Yes!,”. Demikian jawapan ringkas adik kepada Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) apabila ada individu bertanyakan soalan mengenai statusnya kini.
Persoalan tersebut diajukan seorang individu menerusi ruangan komen gambar di Instagram Ameera.
“Ada orang beritahu saya yang kamu sudah berkahwin di London?” tanya individu berkenaan.
Lantas, Ameera telah memberikan respon terhadap komen tersebut.
“Yes”, balasnya ringkas.
Bagaimanapun, Ameera tidak memberikan sebarang kenyataan kukuh berhubung dakwaan statusnya kini dengan seorang jejaka dikenali sebagai Idzham itu.
Terdahulu, LMK pernah menyahaktifkan akaun media sosialnya beberapa bulan dan kembali aktif pada awal bulan ini.
Foto: Instagram Little Miss Khan