Baru-baru ini, artis versatil, Zizan Razak mengumumkan bahawa dirinya kini merupakan pemilik kepada bengkel kenderaan berkuasa tinggi iaitu GGS Eurotech Sdn Bhd.
Menurut Zizan, minat mendalam dalam bidang automotif menjadi pendorong baginya untuk memiliki bengkelnya sendiri.
“So hari ni Zizan nak buat pengakuan, kalau Shuib dia suka jual madu, dia buka kedai madu. Kalau Lofa dia minat tudung, dia buka kedai tudung iaitu Nealofar.
“So, Zizan memang minat dengan dunia permotoran, automotif, kereta dan motor.
“Jadi, hari ini Zizan nak buat pengakuan yang Zizan dah beli syarikat GGS Eurotech Sdn Bhd.
“This is my workshop right now. Kereta-kereta mewah pun kita buat kereta biasa pun kita buat juga. Basically semua kita buat,” kongsinya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram itu, Zizan turut membawa para pengikutnya meninjau keadaan sekeliling bengkelnya itu.
Tambah pelakon filem Polis Evo itu lagi, dia telah berusaha sejak sekian lama untuk memiliki bengkelnya sendiri dan kini dia bersyukur kerana impiannya itu telah tercapai.
“Kejayaan dan cita-cita Zizan.
“Zizan berusaha lama ingin memiliki workshop sendiri kini ia menjadi kenyataan Zizan,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis begitu teruja mendengar perkhabaran tersebut malah turut menitipkan ucapan tahniah buat pelakon berusia 36 tahun itu.
Sumber: Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI