Kisah cinta antara pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella bersama bekas suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran, menjadi perbualan hangat di antara dua negara.
Manakan tidak, pasangan ini saling mengenali dalam tempoh yang singkat, iaitu hanya lima bulan dan memutuskan untuk berkahwin setelah yakin dengan hubungan mereka itu.
Selepas bernikah dan bersanding di Kuala Lumpur pada 8 September yang lalu kini dikhabarkan, pasangan itu bakal melangsungkan pula majlis resepsi di Indonesia pada 8 Oktober ini.
Foto kad undangan resepsi tersebut juga telah tersebar di laman internet. Dalam foto tersebut terlihat nama Bella dan Emran lengkap dengan tarikh yang tercetak di kad undangan.
Pengurus Bella, Emi juga telah mengesahkan berita ini.
“Ya benar, saya mengesahkannya. Betul, memang Bella akan melangsungkan resepsinya di sini,” jelasnya kepada media Indonesia.
Bagaimanapun Emi enggan mendedahkan lokasi majlis itu akan berlangsung sama ada di Jakarta atau Bandung.
“Saya bukan orang yang berhak untuk menjawab semua ini. Ia adalah majlis tertutup dan privasi.Untuk lebih lanjut dan lain-lain, tunggu saja selanjutnya dari Bella sendiri.
“Jadi maklumat lain saya tidak dapat dedahkan di sini,” katanya lagi.
Menurut Emran, Bella tidak dihadirkan hanya memberi kebahagiaan dan menyempurnkan hidupnya, malah untuk anak kesayangannya juga iaitu Aleesya.
Begitu juga Bella, yang yakin bahawa Aleesya harta yang paling berharga buatnya melengkapi kebahagiaan mereka bersama.
“I love him with all my heart. And in return, Allah gave me a priceless treasure. ‘Aleesya’.” Ujar Bella di Instagram.
Sumber : Kapan Lagi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI