“‘Look’ dia memang macam ni. Tapi kalau nak dikatakan seksi bagi saya tidaklah sangat. Kaki jer pun… Tak kan kaki pun nak tergoda.”

Demikian kata penyanyi muda, Vanessa Ben Reynauld sebagai mengulas dakwaan segelintir netizen yang menyifatkan penampilannya di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) tempoh hari sebagai seksi susulan ‘skirt’ belah yang dikenakan.

Vanessa, 22, berkata, soal imej terpulang kepada individu dan baginya apa yang digayakan tidaklah terlalu mencolok mata.

“Terpulang kepada individu itu bagaimana mereka mahu serlahkan penampilan. Untuk saya sendiri, memang suka mencuba (pemakaian). Tidaklah yang terlalu seksi, cuma kebelakangan ini, saya rasa lebih yakin untuk lebih berfesyen dalam penampilan.

Ads

“Kalau netizen nak bataskan perkara itu terhadap saya, rasanya ia tidak patut. Jadi apa yang saya pakai selagi tidak melampau, saya okay saja,” katanya kepada MH.

Sementara itu, berkongsi mengenai kemenangannya sebagai Artis Baru Terbaik AIM23, Vanessa mengakui tidak meletakkan harapan besar, apatah lagi rakan seangkatan yang bersaing mempunyai kehebatan tersendiri.

Ads

‘Look’ Nampak Seksi Di AIM23? Vanessa Reynauld; “Kaki Jer Pun, Tak Kan Kaki Pun Nak Tergoda.” ‘Look’ Nampak Seksi Di AIM23? Vanessa Reynauld; “Kaki Jer Pun, Tak Kan Kaki Pun Nak Tergoda.”

Ads

“Bila dengar nama diumumkan saya terkejut. Tak tahu bagaimana untuk beri reaksi ketika itu. Bila nampak penonton rasa menangis dan baru tahu ini ‘real’. Sudah tentu penghargaan ini sesuatu yang bermakna pada saya sebab jujurnya saya sudah lama mahu diterima.

“Saya tidak jangka sebab macam yang kita semua tahu, AIM memberi fokus kepada kualiti dan diadili juri yang profesional. Bukan bersandarkan kepada populariti semata-mata. Disebabkan hal itu, saya memang tidak dapat teka siapa yang akan menang,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI