Suami kepada pelakon terkenal, Izara Aishah iaitu Adib Khalid ada menitipkan ucapan kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ketiga.
Di samping mengimbau kembali foto majlis perkahwinan, Adib mendoakan agar mahligai cinta yang dibina bersama Izara mendapat rahmat dari Yang Maha Esa.
“Happy Anniversary my darling wife ! 3 years down and forever to go! May our love grow stronger everyday.
“Thank you for the unconditional love and support you have given to our little family, Baby Alaia is so lucky to have you to look up to.
“May Allah continue to bless you and our family Always. I love you till Syurga Sayang !,” tulisnya.
Imbas kembali, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.
Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 7 bulan.
Foto: Instagram Adib Khalid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Pejam Mata, Dia Dapat Apa Yang Dihajatkan,” – Akrab Macam Keluarga, Ani Maiyuni Cerita Memori Indah Dengan Arwah Mya Ruslee
Penyanyi dan pelakon, Ani Maiyuni mengenang pemergian sahabat baiknya, penyanyi Mya Ruslee (Maya Mahatari) akibat kanser sarcoma tahap empat, pada Mac 2020.
Menurut Ani, hubungan mereka sememangnya akrab hingga menganggap hubungan mereka sudah seperti sebuah keluarga bersama beberapa rakan artis lain.
Penyanyi lagu Sedap itu berkongsi kisah berkenaan perkara tersebut selepas ditanya media.
“Saya menganggap dia bukan sebagai kawan tetapi lebih kepada keluarga. Dia tak panggil saya Ani Maiyuni tapi Ann. Mya datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama nenek yang ada pertalian keluarga dengan suami saya.
“Semasa dia sakit, kami tahu mengenai keadaan dia tetapi dia selalu menunjukkan semangat yang positif. Dia tak nak kawan-kawan rasa kesian terhadap dia. Semasa Maya meninggal, Ieda Moin menelefon saya. Lama kami meluahkan rasa kesedihan.
“Ieda pergi ke majlis pengebumian tetapi saya tidak. Saya tak kuat masa tu. Kami merupakan rakan selebriti yang sangat rapat. Kami aktif bermain bola jaring. Tiba-tiba dia berhenti kerana dia sakit,” katanya kepada MH.
Dalam sebak, Ani dilihat tidak dapat menahan air mata dan dia merupakan antara rakan artis yang paling gembira bila mengetahui akhirnya arwah terpilih untuk menyertai program Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5).
“Kami pernah berjumpa sebelum dia dapat menyertai program GV5. Dia pernah hampa kerana musim sebelum itu dia mendapat tawaran tetapi tidak terpilih atas sebab-sebab tertentu. Saya beri dia semangat dan beritahu rezeki Allah ini luas.
“Bila dia terpilih ke GV5, saya merupakan orang yang paling gembira kerana dia sangat-sangat berharap. Sebelum pejam mata, dia dapat apa yang dihajatkan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Ani turut menyifatkan hubungan akrabnya bersama Mya memang tidak mampu digambarkan menerusi kata-kata memandangkan mereka telah mengharungi pelbagai momen-momen indah bersama sepanjang bergelar anak seni.
“Kami jarang berkongsi di media sosial mengenai keakraban kami. Bila dia dah tiada pun, saya tak pandai nak meluahkan perasaan dan menceritakan kisah kami di Instagram. Tetapi kami selalu ada untuk antara satu sama lain.
“Perkara yang paling saya rindu adalah apabila kami duduk bersama, selalunya kami bercerita mengenai keluarga. Kami pun selalu dapat show bersama. Dia sering bagi semangat dan komen mengenai persembahan saya.
“Saya, Ieda Moin dan Amyza Adnan memang rapat dengan Mya. Keakraban kami tak dapat diungkap dengan kata-kata,” akhirinya.
Terdahulu, Mya telah pun menghembuskan nafasnya yang terkahir pada tanggal 18 Mac 2020 di pangkuan ibunya ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh.
Mya difahamkan telah mengidap kanser sarcoma tahap empat yang dideritai sejak beberapa tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tonton Drama Mak Nak Peluk, Reaksi Norman Hakim & Ibu Undang Sebak, “Terima Kasih Allah Untuk Kesempatan Ini.”
Mengabadikan kenangan terindah bersama ibu tercinta, pelakon Norman Hakim memuat naik video di IG TV baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak apabila kedua-duanya saling menyuap makanan antara satu sama lain.
“Sayang mak…Love u mak.Terima kasih utk segala2nya. Semalam tengok Cerekarama
#MakNakPelukBoleh dgn mak.
“Tiap kali keluar lagu ni, nampak dia kesat air mata. Mak cakap pandai @rashidsibir
pilih lagu”.
“Saya tanya “Kenapa mak nangis?”Dia cakap dia teringat kat Arwah mak dia (my Tok Mak) bila dengar lagu ni (AL-FATIHAH),” kongsinya.
Dalam pada itu, pelakon drama Gerak Khas 2 itu turut memberikan kata-kata mutiara untuk menghargai wanita bergelar ibu.
“Hargailah yang tersayang terutama Ibu kita selagi masih ada.Kalau ada yg Allah dah cuit jiwa & rasa tu teringat kat mak kita,jangan tunggu lama.
“Cepat-cepatlah call sekarang bgtau yg kita sayang dia. Kalau dekat, pergilah jumpa selagi masih ada.
“Yang dah kembali kepadaNya,sedekahkan AL-FATIHAH,ziarahlah kubur dia. Terima kasih sekali lagi Allah s.w.t utk kesempatan ini,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Berlatarbelakangkan lagu Mawar Putih Untuk Mama nyanyian biduanita, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini telah mengundang sebak penonton.
Video : Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doktor Monitor Jantung Saya, Kalau Lambat Boleh Bawa Maut,” – Bibir ‘Bengkak’ Disengat Tebuan, Harris Annuar Masuk Hospital
Pelakon, Harris Annuar berkongsi detik cemas saat bibirnya disengat tebuan awal pagi sewaktu dia sedang mandi untuk bersiap sedia bagi menunaikan solat Subuh.
Menurut Harris, insiden tersebut berlaku sewaktu dia sedang leka mencuci muka dan dia sendiri tidak perasan akan keberadaan tebuan tersebut di tualanya.
Kejadian itu seterusnya telah menyebabkan bahagian atas bibirnya membengkak dengan agak besar.
“Kisahnya begini, ketika itu saya tengah mandi untuk bersiap-siap menunaikan solat subuh. Sewaktu leka mandi kemudiannya saya pun mencuci muka. Air pada waktu itu memang sejuk sebab masih pukul 6 pagi.
“Selepas itu, rupanya ada seekor tebuan yang dah memang hinggap di tuala saya. Mulanya saya tak perasan. Selesai je saya bilas bahagian muka, saya terus ambil tuala untuk lap. Bila saya tekap muka dengan tuala, tebuan tu terperangkap diantara tuala dan muka saya.
“Lepas tu ‘zappp’ terus diketipnya di sini (bibir). Terus berubah bibir saya. Ini bukan filter ya. Saya pun tak boleh nak gelak kuat sangat sebab ada dekat hospital sekarang ni,” tulisnya.
Kisah yang turut dianggap lucu itu dikongsikan sendiri oleh pemenang tempat ke-3 Hero Remaja 2017 itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Memetik laporan Remaja, Harris memaklumkan dia kini sedang mendapatkan rawatan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga agar keadaan bibirnya itu tidak melarat.
“Saya sekarang berada dalam stage 2 yang menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
“Oleh itu, saya perlu ditahan di wad untuk menjalani rawatan susulan kerana doktor hendak monitor jantung saya. Doktor juga ada cakap tadi, kalau saya lambat bertindak sengat ni boleh membawa maut.
“Sekarang saya masih lagi di wad dan berharap agar korang semua boleh doakan kesihatan saya,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Harris turut memaklumkan sekiranya tiada apa-apa yang serius, berkemungkinan besar dia akan dibenarkan pulang seawal-awalnya pada Sabtu.
Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh Harris itu telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Sumber: Instagram Harris Annur & Remaja
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI