“Low Profile Lagi Bagus Dari Menunjuk-Nunjuk,”- Pesan Isteri Black Hidup Jangan Terlalu Sombong

Share

“Jangan show off,jangan sombong”. Itu antara pesanan isteri penyanyi Black,  Naquia Yasirah Mohd Khairi buat suaminya itu.

Mesra disapa Cira, dia sentiasa mahukan yang terbaik buat suami dan keluarganya agar tidak terlalu bermewah-mewahan dalam kehidupan.

Hari2 aku pesan kt laki aku, jangan show off, jangan sombong, kena ada saving, jangan membazir, Kita xtau lagi kedepan.

“Low profile lagi bagus dari menunjuk2.. Ada masalah, ada duit ka x, org pun xtau…

Tak perlu tunjuk apa yang kita ada cukup sekadar bersyukur. Manusia skg mmg tunggu nak tepok tangan jaa.

“Dan terus dia perli ajak aku naik kancil, tapi aku ok.. sbb bukan keta pinjam, minyak pun jimat. awat icon peace tu itam,” kongsi ibu kepada dua orang anak itu.

Foto yang dimuat naik itu mendapat lebih 6,000 tanda suka yang melihatkan ahli keluarga itu bergambar bersama.

Terdahulu, Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Khaleef Dayyan,3 tahun dan Rindu Dayyana, 1 tahun.

Foto: Instagram Cira Khairy

Published by
MH