Luang Masa Bermain Aplikasi Tik Tok Sama Anak… Linda Rafar Dedah Turun 3Kg Berat Badan Seminggu!

Share

Penyanyi dan usahawan, Linda Rafar ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar sedang meluangkan masa bersama dengan anaknya dengan bermain aplikasi Tik Tok.

Dalam pada itu, Linda turut berkongsi cerita dirinya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 3 kilogram selepas bermain dengan aplikasi tersebut yang kini sudah menjadi ‘trend’ masa kini.

“Percaya tak linda turun 3kg per week..sejak layan @rezaliif_ main tiktok @tiktok.malaysia,” tulisnya.

Meski dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19, namun banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga.

Video: Instagram Linda Rafar

Published by
Nazar Rafiqhi