Pihak berkuasa akhirnya memutuskan artis sensasi Indonesia, Lucinta Luna yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy akan dimasukkan ke sel khas di Rutan Narkoba Polda Metro Jaya.
Memetik media tempatan, Pengarah Tahanan dan Barang Bukti (Dirtahti) Polda Metro Jaya AKBP Barnabas mendedahkan, sel tahanan penyanyi lagu Bobo Di Mana di samping Aliff Syukri dan Nur Sajat itu berada di blok wanita.
“Di blok wanita tapi ruangan khusus,” katanya ringkas pada Rabu.
Jelasnya, ruangan khas itu hanya dihuni bintang terbabit secara sendirian tanpa adanya tahanan lain.
“Sendirian,” ujarnya lagi.
Terdahulu, polis Indonesia difahamkan bingung untuk menempatkan penyanyi transgender berumur 30 tahun itu sama ada di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.
Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pagi Selasa.
Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil jenis ecstacy di kediaman terbabit.
Sumber: CNN Indonesia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Lama Kita Tak Buat Banyak Benda Berdua,” – Kata Raff Yaakob Pada Mawar Gara-Gara…
Pelakon Mawar Rashid menerusi Instagram ada berkongsi mengenai kisahnya bersama suami suami, Raff Yaakob.
Tulis Mawar, dia ada memberitahu suami yang mereka sudah lama tidak selfie bersama. Lalu, Raff menjawab bukan hanya selfie, tetapi banyak lagi perkara lain yang tidak lagi dilakukan bersama seperti pada awal bercinta dahulu.
“Tadi Mawar kata “dah lama tak selfie dengan Abang” Pastu Raf jawab “Alaa, shian dia. Bukan nye selfie je, dah lama kita tak buat banyak benda berdua, macam dinner sama2, movie sama2.
“Tapi kalau kita keluar dinner berdua mesti kita rasa macam first time dinner sekali kan? Like our first date hehe,” tulisnya.
Mawar yang kini sedang dapam tempoh berpantang memberitahu agar suaminya itu bersabar.
“Sabar sikit je kay, Anje dah nak abis pantang da. Love you Husband, you’re my number one @rafyaakob,” akhiri Mawar.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Terdahulu, pasangan selebriti ini baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka sebulan lalu.
View this post on InstagramHarini @radenrafaelraf dah masuk satu bulan❤️ Mommy is soooo emotional ? Cepat betul masa berlalu..
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cukup Tak RM250 Sebulan?” – Beli Barang Keperluan Anak, Lufya Omar Soal Jumlah Sepatutnya
Lufya Omar ada memberikan persoalan menerusi Instagram dengan menyatakan sama ada nilai RM250.00 cukup atau tidak untuk membeli makanan dan keperluan seorang anak untuk sebulan.
Malah jelasnya, dengan jumlah sebegitu, dia juga tertanya-tanya bagaimana lagi harus berjimat.
“Nak shopping diapers, susu anak, cereal, buah-buahan, brokoli, ikan, ayam, cheese, baju kasut & etc.
“Nak tanya mummies spend untuk beli makanan dan keperluan anak sorang utk sebulan berapa ekh? Cukup tak Rm250 sebulan? aduiii tak tau nak jimat macamana lagi,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Di ruang komen, rata-rata netizen ada memberikan pendapat mereka.
Malah ada yang turut mengaitkan status tersebut dengan situasi yang melanda kehidupannya kini.
Terdahulu September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Foto : Instagram Lufya Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Besar RM2 Tu Untuk Saya,” – Ais Krim Cornetto Hanya Seposen Satu, Kedai Ebit Lew Mula Operasi Sabtu Ini
Ebit Lew yang bakal memulakan operasi kedai runcitnya, Elewsmart sudah memuat naik harga barangan runcit yang dijual pada harga murah bersempena dengan hari pertama operasinya.
Menerusi satu status bergambar yang dimuat naik menerusi Facebook pada Rabu, harga yang ditawarkan cukup rendah.
Misalnya, sepotong ais krim jenama Walls Cornetto hanya berharga RM0.10 dan setin creamer dari jenama Dairy Champ hanya boleh dimiliki pada harga RM0.70 setin selain banyak lagi barangan lain yang ditawarkan.
Bagaimanapun, ia hanya terhad kepada satu resit pembelian sahaja mengikut kuantiti yang telah ditetapkan.
Sambil mengharapkan doa ramai, pendakwah bebas ini turut mengenang kembali fasa hidupnya yang lalu ketika bekerja di petrol pam.
“Doakan yer..best bila dapat gembirakan ramai orang. Orang tanya kenapa Elewsmar murah sangat hari pembukaan elewsmart. Saudaraku, Murah untuk semua yer..semua dialu-alukan yer.
“Senyuman orang lain buat saya rasa gembira. Masa PKP saya semakin belajar sesuatu yang tak pernah saya rasa begitu sebelum ini..buat orang tersenyum. Hidup ini cuma sekali. Hidup untuk Allah sayang.
“Buat saya teringat masa dulu. Kerja petrol pam, ada orang selit rm2 dalam poket saya. Senyum saya tak berhenti. Happy sangat boleh beli telur nak goreng. Semua duit gaji bagi dekat mak dekat kampung.
“Mak tak tahu pun saya tiada duit lain. Besar rm2 tu untuk saya. Walau sekali sekala jer dapat begitu tapi nikmat dalam hidup saya. Begitulah teringin nak buat semua orang senyum tanpa mengira bangsa,latar belakang siapa sahaja tak terkecuali.
“Bila kita berkongsi niat hadiah rasa happy sangat. Allah beri rasa bahagia sangat dapat gembirakan orang walau dengan perkara kecil. Anak menangis kita beri mainan. Pujuk anak yang lapar tiada makan. Beri hadiah. Best sangat rasanya. Jumpa orang beri hadiah.
“Doakan yer Sabtu ini hari pertama pembukaan Bandar Baru Bangi. Ahad di Kajang. Minggu seterusnya setiap hari 8 cawangan lain. Berdebar rasa. Pohon doa semua kerana doa semua sangat penting dalam hidup saya,” tulisnya panjang lebar.
Doakan yer..best bila dapat gembirakan ramai orang. Orang tanya kenapa Elewsmart murah sangat hari pembukaan elewsmart….
Posted by Ebit Lew on Tuesday, July 14, 2020
Menerusi ruangan komen pada entri sama, wargamaya turut mendoakan agar segala perancangannya berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.
Sehingga kini, entri tersebut sudah pun dikongsi hampir 9,000 kali.
Foto: Facebook Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI