Meski menghadapi kemelut rumah tangga bersama suami, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar tetap meraikan ulang tahun kelahiran anaknya, Laana Haura yang ke-2 tahun.
Lufya telah berkongsi momen sambutan majlis hari jadi tersebut di akaun Instagram miliknya.
Bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam yang kimi bergelar penyanyi dan pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016.
Pelakon Zahirah Macwilson kini makin bahagia sejak mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu.
Meski sedar akan tanggungjawabnya akan menjadi lebih besar sejak bergelar isteri, bintang cantik ini bagaimanapun akui dirinya masih lagi dalam fasa ‘bercinta’ dengan suami tersayang.
“Alhamdulillah, satu fasa baru dalam hidup saya. Kalau nak dikata bagaimanapun dengan perkahwinan kini, rasa sesuatu yang berbeza danmenyeronokkan apabila setiap hari bila kita bangun dari tidur ada orang di sebelah.
“Sebelum ini saya banyak hidup sendiri di Malaysia memandangkan keluarga di Australia tapi kini saya ada suami yang sentiada ada bersama di sisi,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Zahirah ditemui pada Majlis Tayangan Gala filem sulung lakonannya, Bulan & Pria Terhebat yang diakan di MBO The Starling, pada Khamis.
Ditanya apakah sikap atau perkara pelik suami yang baru diketahuinya selepas mendirikan rumah tangga, pelakon berusia 25 tahun itu tidak menafikan Aiman merupakan seorang lelaki yang sangat pembersih.
“Saya tak sangka dia seorang lelaki yang sangat kemas dan pembersih. Lazimnya, kita akan fikir lelaki tidak akan sekemas perempuan, akan tapi dia sebaliknya.
“Sebagai contoh bila di rumah, barang-barang yang ada kena kemas dan tak boleh berhabuk pun.
“Tapi saya rasa itu perkara yang baik untuk kami,” dedah Zahirah.
Sementara itu, filem Bulan & Pria Terhebat bakal ditayangkan 12 Mac depan.
Selain Zahirah, filem yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Maya Karin, Zizan Razak, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Sedang menanti detik bergelar bapa, pelakon Jehan Miskin, 41, dan isteri, Julie Camelia Rhee Abdullah, 36, akui tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Jehan menerusi laporan Harian Metro berkata, mereka sebenarnya tidak terfikir menimang cahaya mata sebelum ini sehinggalah Julie menyatakan hasrat mahu menjadi ibu tahun lalu.
“Sebenarnya masa mula-mula kahwin, kami tidak fikir sangat soal cahaya mata kerana kami bahagia berdua.
“Namun, memikirkan kami sudah lama bersama, kami terbuka hati dengan idea (anak) itu beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih selepas bapa saya meninggal dunia.
“Tiba-tiba isteri menyatakan keterujaan betapa gembiranya dia jika memiliki seorang anak tahun lalu. Alhamdulillah, dia terus hamil pada minggu yang sama,” katanya.
Sambil menzahirkan rasa syukur, bintang filem Qaisy & Laila itu turut terkejut dengan berita gembira itu apatah lagi rezeki untuk timang zuria hadir dengan begitu pantas.
“Kami sebenarnya jangka usaha itu akan mengambil masa beberapa tahun. Namun, saya sangat bersyukur ia terus terjadi kerana saya pun sudah berusia 41 tahun.
“Lagipun, kami memang sudah bersedia untuk ada anak. Ia ibarat bonus kejutan di waktu pandemik ini memandangkan kita tidak dapat melancong ke luar negara,” katanya.
Terdahulu, Jehan berkongsi kegembiraannya tidak sabar menjadi bapa September lalu dan pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.
Foto: Instagram Jehan Miskin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama Menanti Senja yang bersiaran selama 15 episod telah pun melabuhkan tirainya pada Isnin.
Rata-rata penonton memberikan respon postif dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh barisan pelakon seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Kodi Rasheed.
Ketika ditemui MH baru-baru ini, Johan akui tidak menyangka drama ini bakal memberikan impak yang besar buat peminat sehingga trending di media sosial.
“Saya tak jangka impak yang diterima melalui drama ini. Ia turut trending di platform media sosial seperti Tik Tok. Ramai juga yang membanjiri ruangan komen saya untuk bercakap tentang drama ini.
“Sudah lama saya tak tidak mendapat respon seperti ini. Saya bersyukur kerana drama ini diterima ramai.
“Menurut Johan, karya ini juga merupakan hadiah buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya di kaca tv
“Sebenarnya sudah hampir lima tahun saya tidak muncul di drama televisyen terutamanya TV3. Pada saya, rezeki saya belum tiba pada waktu itu.
“Namun, bila tiada rezeki di tv, rezeki saya ada di filem seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa. Tumpuan beralih kepada filem.
“Saya tak terasa hati. Sebaliknya, ini merupakan hadiah buat peminat.Saya menghargai apa sahaja peluang yang diberikan kepada saya,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia agak selektif dalam pemilihan naskah, ini respon yang diberikan oleh pelakon filem Juvana itu;
“Standart seorang Johan As’ari belum sampai ke tahap untuk memilih naskhah. Banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menajamkan kualiti lakonan.
“Saya tak pernah terfikir untuk menolak sesebuah karya melainkan watak itu benar-benar tak sesuai dengan saya contohnya watak slapstick,” ulasnya lagi
Pada masa sama, Johan akui teruja apabila berpeluang berkerjasama dengan barisan pelakon baharu di dalam drama arahan pengarah Faizal Nadzaman ini.
“Walaupun saya dah berlakon hampir 12 tahun, saya masih diberi peluang menjadi hero. Umur pun dah masuk 38 dan heroin datang daripada generasi baharu. Saya rasa bertuah sangat.
“Alhamdulillah, para pelakon baharu ini semua baik-baik orangnya dan mempunyai kesungguhan. Mereka punyai aura-aura positif. Bila datang ke set, mereka buat sehabis baik.
“Kita kena sentiasa beri peluang terhadap kedatangan para pelakon baharu ini,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna...