Selebriti terkenal Indonesia ini sentiasa menjadi buruan media, baik dari sudut kisah kerjaya mahupun perihal cintanya. Kejayaan Luna Maya dalam dunia lakonan tidak dapat disangkal lagi. Diberkati dengan bakat yang hebat, dia berjaya menakluk dunia seni hiburan Indonesia diiktiraf dengan pelbagai anugerah.
Namun begitu, bila diungkap tentang soal cinta, aktres cantik ini mungkin masih belum bernasib baik.
Dalam temubual bersama Venna Melinda di saluran YouTube bekas Miss Universe Indonesia 1994 itu, Luna Maya akui yang kini dia tidak lagi mahu memeningkan kepala memikirkan bila jodohnya akan tiba.
Sebagai seorang wanita yang kini berusia 39 tahun, semestinya tahap kesuburan jika usia semakin meningkat menjadi isu. Namun bagi pelakon filem Suzanna: Bernafas Dalam Kubur ini, dia mengakui sudah melakukan proses egg freezing ataupun pembekuan telur bagi menjamin yang dia tidak memiliki masalah untuk mendapatkan bayi kelak jika sudah berkahwin.
Kongsinya, “Aku sudah melakukan pembekuan telur. Dan aku fikir dengan teknologi dan juga pola hidup aku, aku sudah merasa yang aku cukup sihat untuk usiaku dan aku masih memiliki tenaga. Tak tahu kenapa, aku merasa tidak terbeban dengan usia.”
Mengulas lanjut tentang proses pembekuan telur, Luna Maya bercerita bagaimana dia boleh terdetik untuk melakukan proses tersebut.
Ads
“Sebenarnya aku sudah mahu melakukannya empat tahun lalu. Tetapi hanya berkesempatan setahun yang lalu, kerana ternyata di Indonesia juga boleh melakukan proses itu,” jelasnya yang turut mengakui wanita memiliki batasan usia disebabkan kitaran biologi tubuh.
Bila berbicara soal cinta, dalam temubual tersebut Luna Maya mengakui yang diusianya saat ini dan dengan waktu yang banyakan dihabiskan untuk mengenal diri sendiri. Namun dia juga dalam proses mengenali seseorang namun belum benar-benar serius.
Apabila ditanya Venna tentang perkara ini, dia menjawab pendek, “Belum, kerana masih baru. Kami masih mengenal dan belum ada rasa yang ayuh! Dan dari dia, dua orang harus memiliki keinginan yang sama supaya terjadi.
Semoga Luna Maya berjaya bertemu cinta sejati!
Ads
Untuk pengetahuan pembaca, memetik penjelasan dari laman web Hello Doktor, pembekuan telur juga dikenali sebagai mature cryopreservation oosit adalah satu kaedah yang digunakan bagi menyelamatkan kemampuan seseorang wanita untuk hamil pada masa akan datang.
Telur yang diambil daripada ovari dibekukan dan disimpan untuk digunakan kemudian hari.Telur beku boleh dicairkan, digabungkan dengan sperma di dalam makmal dan ditanam kembali di dalam Rahim menerusi proses persenyawaan in-vitro.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Penyanyi Siti Sarah berhasrat untuk memberikan hadiah kepada pemuda yang hampir terperangkap di dalam bank selepas mengeluarkan wang di mesin teler automatik atau automated teller machine (ATM).
Baru-baru ini, video berkenaan tular khasnya di laman sosial dengan meraih lebih 1.4 juta tontonan menerusiaplikasi TikTok.
Apa yang menarik, single penyanyi Sarah, Kesetiaan yang dimainkan oleh perakam video secara tidak sengaja menjadi ‘lagu tema’ video terbabit.
Aksi pemuda itu yang cemas kerana pintu ATM tertutup secara automatik seakan ‘kena’ dengan bait lirik lagu Kesetiaan.
“Ya Allah adik. Tak berenti Sarah gelak bila ada orang bagi Sarah video ni. Katanya viral eh? Alahai, lucu ada, cemas ada, kesian pun ada. Sabar ye.
“Maaf Sarah gelak tapi keadaan tu lucu sikit hehe. Lagu Sarah masa time BBNU dulu, ‘Kesetiaan’ dah jadi mcm lagu tema dah.
“Sarah difahamkan memang pintu ATM akan automatik tutup masa pukul 8 malam waktu lockdown ni.
“Lepas tu video ni kena pula part lirik lagu ‘ku hayunkan langkah kaki’ tu, sedang elok je ngam ngam masa pintu tu nak tutup automatik turun ke bawah.
“Risau pun ada jugak takut adik tak dapat keluar dari tempat ATM tu, tapi tengok video nombor dua ni, Alhamdulillah adik selamat keluar siap baca-baca komen lagi,” tulis Sarah.
Usahawan hijab jenama Loveta itu turut mendoakan agar urusan pemuda viral itu sentiasa dipermudahkan.
“Apa pun Sarah doakan adik sentiasa selamat dan urusan dipermudahkan okey? Untuk semua peminat Sarah juga, Sarah doa semua yang baik-baik waktu lockdown ni.
“Jangan selalu keluar rumah, keluar kalau perlu sahaja okey? Take care semua. Kalau boring, jom shopping dekat @lovetahq still onz tau! Kalau mulut tu tak tahu nak duduk diam nak mengunyah je, cuba usha @unagihq memang confirm sedap teruk!
“Adik dalam video ni, sila mesej Sarah ye. Ada sesuatu hadiah istimewa yang sarah nak bagi,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata turut terhibur melihat aksi pemuda terbabit dan ada yang turut memuji budi baik penyanyi itu yang mahu memberikan hadiah kepada pemuda viral terbabit.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMN35) atas masalah kesihatan.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak pengurusan, keputusan untuk tidak membenarkan penyanyi berkenaan membuat persembahan menerusi lagu Peluang Kedua itu atas nasihat doktor.
“Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) yang bakal berlangsung bermula malam ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.
“Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat & juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF.
“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik,” jelasnya.
Dalam pada itu, pengurus kepada Nabila, Ash mendedahkan, ia merupakan satu keputusan sukar dan menjadi impian penyanyi terbabit untuk membuat persembahan di pentas saingan Muzik-Muzik.
Malah, Nabila juga telah pun mengikuti kelas latihan vokal sejak September sebagai persiapan.
“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.
“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal.
“Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya.
Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ciptaan m Hael Husaini dan MFMF pada Ahad, iaitu hari terakhir penganjuran SFMM.
“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.
“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Segala kesulitan amatlah kami kesali,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas beberapa akaun di Instagram yang mulai memuat naik beberapa momen sambutan hari jadi salah seorang sepupunya, Qalisha Ray di sebuah restoran yang turut merakamkan kehadiran pelakon dan Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac pertengahan Julai lalu, ada netizen yang tidak lekang bercerita mengenainya.
Lalu, MH turut mengajukan persoalan sama mengenai sedutan video tersebut dan Neelofa menjelaskan, kehadiran figura itu ke majlis ahli keluarganya bukanlah yang pertama kali.
Malah, hos dan usahawan berjaya ini juga tidak menafikan ada peminat yang sedia tahu mengenai perkara tersebut.
“Rasanya ramai yang pernah nampak sebelum ini, sama ada di rumah atau di mana-mana lokasi yang saya turut menjemput Hans datang. Ada ketikanya ia majlis keluarga misalnya sambutan hari jadi dan sebagainya.
“Jadi selepas lapan ke sembilan tahun, dia kini bukan sahaja sudah jadi kawan kepada saya, tetapi juga kepada ahli keluarga lainnya, termasuk sepupu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Bahkan ada sesetengah keraian, bukan saya pun yang jemput, kakak saya yang jemput misalnya,” katanya jujur.
“Malam itu (sambutan hari jadi Qalisya), ia secara kebetulan dan bukan dirancang pun. Kami bertemu di sebuah restoran. Dia hadir dan sepupu saya pun datang, termasuk rakan dan ahli keluarga lain.
“Ia pertemuan santai, tiada apa pun yang serius sebab masing-masing sudah mengenali. Hans juga turut kenali pakcik dan sepupu saya. Kadang-kadang mereka berjumpa tanpa saya pun. Dah boleh masuk geng,” tambah Lofa.
Ditanya mengenai dirinya yang dirakam duduk bersebelahan dengan bintang Cuci itu, Lofa turut mendedahkan situasi sebenar.
“Cuma selalunya dia tak akan duduk sebelah saya, lazimnya dia akan duduk tempat lain. Bila saya sampai, kami berempat yang sampai dulu dan kami duduklah berdekatan. Jadi ia bukan dirancang.
“Malah masa sambutan hari jadi ibu saya sebelum ini pun, Nabila yang jemput, bukan saya.
“Malah kalau dia datang sekali pun, dia tidaklah lepak dengan saya. Dia akan banyak luang masa dengan ahli keluarga yang lain,” akhiri Lofa memberikan penjelasan.
Terdahulu, Neelofa ditemui di sesi media Lofa Brand di pejabat urusan Naelofar, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Rabu.