Pelakon, Uqasha telah memuat naik satu keping gambar ketika dia sedang makan tengahari di akaun Instagram miliknya telah menarik perhatian di kalangan netizen.
“Lunch apa tu sayang?,” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramLunch apa tu sayang ? #uqashasenrose
A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on
Uqasha kelihatan sangat jelita dan cantik ketika memuat naik gambar tersebut.
Malah kapsyen yang manja dan manis di tulis oleh Uqasha telah menarik perhatian ramai.
Rata-rata netizen menjawab ungkapan sayang Uqasha dengan berkata “Tengok awak pun dah kenyang sis” tulis netizen.
Ternyata netizen pandai untuk bergurau dengan Uqasha.
Bukan itu sahaja, netizen pada masa sama turut memuji kecantikan Uqasha yang semakin menawan.
Moga Uqasha sentiasa kekal cantik, ceria dan sihat disamping orang yang tersayang.
Untuk rekod, Uqasha baru sahaja pulang dari tanah suci menunaikan ibadah umrah minggu lepas.
Foto : Instagram Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Manusia Tiada Kuasa Melawan Takdir Allah SWT,” – Reda Pemergian Bonda, Iqbar Hakim Mahu Teruskan Hidup
Jenazah pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Hajjah Faziani Rohban Ahmad, yang maut dalam kemalangan di Pattani, Thailand selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar, Wakaf Bharu, Kelantan kira-kira jam 10.00 malam semalam.
Dalam pada itu, anak Allahyarham, Iqbar Hakim ada meluahkan rasa kerana urusan pengebumian berjalan lancar.
“Langkah yang tidak pernah diduga , langkah yang penuh dengan keresahan , kesedihan,tapi apakan daya , manusia tiada kuasa untuk melawan takdir Allah S.W.T . Terima kasih kepada semua kwan2 , rakan2 media social dan media yang prihatin terhadap pemergian Arwah BONDA.
“Yang sanggup datang dari KL drive , flight , DM saya WS personal.
“Kekuatan sebenar lahir bila kita diuji , bukan bila kita dalam kesenangan.Itulah yang dapat saya simpulkan.
“Inshallah saya kuat dan redha , pemergian yang sangat baik “husnul khotimah” . .
Tenanglah wahaii kekasih ku,” tulisnya redha.
View this post on InstagramA post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on
Difahamkan, kira-kira 300 penduduk termasuk sanak saudara Allahyarham turut hadir pada majlis pengebumian.
Malah, proses tersebut selesai sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.
Terdahulu, jenazah Allahyarham diiringi suaminya Ahmad Shah Rizal dari Hospital Pattani tiba di perkarangan rumahnya kira-kira jam 6.10 petang sebelum dimandi dan dikafankan.
*Kronologi*
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi semalam Allahyarham maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.
Semasa kejadian mereka dalam perjalanan menyerahkan wang zakat kepada salah sebuah pondok di kawasan berkenaan.
Mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan, manakala suaminya cedera ringan di bahagian mata kanan.
Video/Foto: IG Iqbar, Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Yom Dah Besar, Jumpa Balik Abah Ya…,” – Ini Nukilan Rasa Aliff Syukri Buat Qayyum, Sebaknya!
Selepas menghantar anak angkatnya, Qayyum ke pangkuan ibu kandung awal pagi semalam, Datuk Seri Aliff Syukri ada menulis coretan buat kanak-kanak itu.
Perkongsian yang dikongsi di laman Instagram itu membuatkan netizen sebak, apatah lagi ramai yang sedia tahu bahawa keluarga ushawan ini sudah menjaga Qayyum sejak dilahirkan lagi.
“Walapun yom bukan anak kandung abah.. tapi abah syg yom sama mcm anak abah quyyom aliffsyah nama pilihan sy dan isteri waktu dia dlm perut lagi.
“Maafkan abah suka kiss yom kasar2 ..cakap2 kuat2 abah bergurau jee.. kalau yom dah besar yom jumpa abah balik yaa..
“Abah tak nak duit abah nak kasih sayang jee.. abah nak tngok depan mata abah yom bila besar.. sbb abah jaga yom waktu dlm perut lagi… maafkan abah yom,”tulisnya.
Malah, turut dinyatakan sebab mengapa dia dan isteri tidak menghantarnya sendiri kepada penjaga asal.
“Abah dan mama tak sanggup nak tngok dan hantar yom balik dgn ibu kandung yom.. abah wakilkan pegawai abah @liyanaamirah ,pa, bibik,” jelas Aliff.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Serentak dengan itu, Aliff turut menghadiahkan lagu istimewa buat anak-anaknya berjudul Selawat Dodoi Anakku yang boleh didengar mulai Isnin ini.
Foto: Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Arwah Pergi Dalam Keadaan Tenang & Mudah, Di Sisi Saya Serta Semua Anak,” – Ina Naim
Balu kepada bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim memaklumkan Allahyarham suaminya itu meninggal dunia di sisi keluarga.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim menambah, arwah sudah mula alami batuk teruk sejak Ogos lalu.
Malah status kesihatan suaminya semakin merosot pada Oktober selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram.
“Arwah suami pergi dalam keadaan yang tenang dan mudah, di sisi saya serta semua anak-anak kami.
“Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit birit. Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu.
“Sejak di Hospital Kota Tinggi lagi, arwah minta ditidurkan sebagai ikhtiar terakhirnya.
“Ketika hidup, arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun, dan 12 Oktober lalu genap usianya 43 tahun,” katanya, lapor Harian Metro.
Ina berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HSI Johor Bahru, malam tadi.
Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut Ina, arwah hanya meninggalkan pesan meminta maaf kepada semua orang seperti yang dimuat naik di laman sosial TikTok miliknya sebelum ditidurkan.
Katanya, sebagai isteri arwah, pihaknya juga memanjatkan permohonan maaf bagi mewakili arwah suaminya.
“Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau termakan, terminum atau terambil apa-apa, saya memohon maaf bagi pihak dia,” katanya.
Allahyarham Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Suhaimi dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di sana kira-kira 9 pagi ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI