“Lupa Pula Masak Nasi Ya Allah Rasa Macam Nak Tepuk Dahi Ni Spoil,” – Elfira Loy Cerita Situasi Lucu Hari Pertama Saat Berbuka Puasa

Share


Pertama kali menjalani Ramadan bersama suami dan anak kecil, Elfira Loy berkongsi kisah lucu pada hari pertama berbuka puasa.

Katanya, ibu ada memintanya untuk masakkan sup tulang dan masak lemak cili api rebung daging salai.

Namun, apa yang melucukan apabila semua sudah bersedia menunggu azan Maghrib, baru dia menyedari nasi belum ditanak.

“24/4/2020 : Ramadhan bertiga tahun ni Alhamdulillah.

“Kisah hari pertama , el cubalah masak untuk lauk berbuka , mama request masak sup tulang masak lemak cili api rebung daging salai.

“Okay fine kita cubalah masak. Dah masak masak happy duduk dekat meja tunggu azan hanis je baca doa Allah ! Lupa pulak masak nasi ya Allah rasa macam nak tepuk dahi ni spoil.

“Dah malu terus jamah kurma minum air naik atas solat maghrib dulu berjemaah.

“HAHA… okay thats my story. Korang dah ada ke cerita aneh aneh walaupun baru hari ketiga berpuasa?,” kongsinya.

Netizen turut berkongsi kisah lucu di ruangan komen.

Foto : Instagram Elfira Loy

Published by
Noraini Abd Wahab